KUANTAN - Polis Pahang memperkenalkan pelan perancangan trafik yang lebih sistematik bagi mengatasi gangguan dan halangan lalu lintas sebagai persediaan sekiranya banjir gelombang kedua melanda seperti yang dijangka.
Hasil kajian berdasarkan kejadian banjir besar baru-baru ini mendapati, masalah kesesakan lalu lintas akibat laluan utama dihalang oleh kenderaan penduduk menyebabkan proses menyelamat dan penyaluran bantuan kepada mangsa banjir terganggu.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Abdul Majid berkata, mengambil kira pengalaman sebelum ini, satu rancangan pelan tindakan trafik disediakan untuk panduan penduduk di kawasan yang dijangka terjejas.
Menurutnya, orang ramai tidak lagi dibenarkan meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan sebaliknya beberapa lokasi selamat disediakan bagi tujuan itu.
“Orang ramai boleh merujuk pelan trafik (info) yang akan diedarkan selain dihebahkan melalui media massa,” katanya dalam sidang media selepas Taklimat Persiapan Penyelarasan Ops Banjir 2013 Gelombang Kedua dan Perancangan Cawangan Trafik di sini, semalam.
Jamaludin berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa kawasan di sekitar Kuantan yang berisiko tinggi kemungkinan dilanda banjir gelombang kedua termasuk Sungai Isap, Tanah Putih, Bukit Rangin dan Inderapura.
“Manakala laluan yang dijangka ditutup termasuk Jalan Tanah Putih- Permatang Badak, Jalan Permatang Badak- Taman Tas, Jalan Pintasan Kuantan (Bukit Rangin) dan Jalan Pintasan Kampung Tiram.
“Bagi lancarkan lalu lintas di laluan terjejas, kita akan buka laluan kontra selain tempatkan anggota untuk mengawal trafik,” katanya. #selanjutnya
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







betul, betul, betul. setuju sangat. boleh elak orang mengumpat, bantuan lambat sampai.
BalasPadam