KUANTAN - Walaupun bantuan banjir tidak putus-putus diterima mangsa banjir di negeri ini, ada mangsa yang masih tidak menerima bantuan sebagaimana penduduk di kawasan terjejas yang lain.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Rosnani berkata, dia kesal dengan keadaan yang berlaku ketika ini apabila bantuan dan sumbangan dilihat lebih tertumpu di kawasan Sungai Isap sahaja.
Dia yang tinggal di Kampung Baru Pandan Dua di sini berkata, bantuan yang diterima tidak ‘semewah’ yang diperoleh penduduk di Sungai Isap.
“Kampung kami juga dilanda banjir, malah ini yang paling teruk selama tempoh 16 tahun saya tinggal di sini.
“Banyak harta benda kami rosak dan musnah menyebabkan kami perlu mulakan hidup semula selepas ini,” katanya.
Sehubungan itu, dia berharap agar bantuan yang telah diterima mangsa banjir di kawasan Sungai Isap itu turut dinikmati mereka di kawasan itu.
Rosnani berkata, pihak atasan perlu memantau keadaan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir untuk selaraskan bantuan yang diterima.
Menurutnya, bukan sahaja bantuan makanan yang diharapkan tetapi peralatan lain yang dilihat remeh juga perlu diberi perhatian.
“Apa yang saya lihat, ramai NGO dan pihak-pihak luar datang ke sini memberi bantuan.
“Tetapi jika hanya tertumpu kepada satu kawasan sahaja, sedangkan kami di sini seolah-olah telah terpinggir,” katanya.
Katanya, dia harap agar pengagihan bantuan dan sumbangan ini dapat dilaksanakan dengan lebih telus agar nasib rakyat terbela. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu






alhamdulillah.
BalasPadamKG JAWA PUN SAMA...BANTUAN MMG ADA TAPI TIRIS DITENGAH JALAN...YG DAPATNYA PUAK JUAK ORG TERTENTU...
BalasPadamBantuan di chenor cthnya drpd minyak masak 1 pek di bahagi kpd 3 bahagian pulak. Packing baru..
BalasPadamBeras 5 kg packing baru jd 1 1/2 kg 1 family.
APE CTER?
ZALIM NAK MAMPUS!
RAKYAT XHALAL, MAKANLAH HARTA RAKYAT PUAS2..ESOK KUBUR TAK TERIMA!
Sudah 1 bulan banjir tak kami sekeluarga masih tidak dpt apa-apa bantuan walaupun sekeping biskut.Kami sekeluarga tinggal di rumah kampung di permatang badak.Air naik melebihi 5 kaki.Barang-barang rumah semua rosak.Anak-anak 3 org semua masih bersekolah.Hanya golongan yg tertentu sahaja yg dpt bantuan.Kami masih menanti bantuan yg tidak kunjung tiba.Sangat sedih...
BalasPadamMEMANG BETUL...CARA BANTUAN DISALURKAN TIDAK TELUS DAN TIDAK SISTEMATIK..KEBANYAKAN NGO MEMBERI BANTUAN TERUS KEPADA KETUA KAMPUNG / JKKK. SEPATUTNYA BANTUAN DISALURKAN MELALUI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DIMANA SENARAI NAMA MANGSA YANG BERDAFTAR SEMASA DI PUSAT PERPINDAHAN. AKIBATNYA ADA MANGSA YANG LANGSUNG TIDAK MENDAPAT BANTUAN (SEPERTI SAYA) DAN ADA PULA YANG DAPAT BERLEBIHAN. KEPADA SIAPA HARUS SAYA MENGADU???
BalasPadam