script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rumah Ranap Di Timpa Pokok Akibat Angin Kencang !


ROMPIN - Sebuah keluarga di Kampung Batu 7, Janglau 4, di sini melalui detik cemas selepas rumah mereka dihempap dua pokok sekali gus selepas angin kencang melanda kampung itu kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu. Pada malam kejadian, Saifuddin Johan, 40, bersama isteri, Saerah Jaafar, 35, serta tiga anak mereka sedang menonton televisyen di rumah. Saerah berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi angin kencang di sekeliling rumahnya. “Saya rasa tak sedap hati dan ajak suami dan anak-anak lari ke rumah jiran sebelum kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. Bagaimanapun katanya, belum sempat mereka sampai ke rumah jiran, tiba-tiba pokok kelapa dan kuinin berhampiran rumah tumbang menimpa kediaman mereka. “Ketika itu, saya dan anak anak-anak sudah berada di luar tapi suami masih di dalam rumah kerana sedang mematikan kesemua suis elektrik. “Kami tergamam seketika kerana terkejut dan fikirkan keselamatan suami yang masih berada dalam rumah, mujur dia sempat lari selamatkan diri,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Shamsul Affendy Sulaiman berkata, aduan mengenai kejadian itu diterima pada jam 7.20 pagi keesokan hari. Menurutnya, seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian untuk tujuan menyelamat. “Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, cuma anggota mengambil masa untuk memotong pokok kuinin yang agak besar. “Kesemua mangsa kini menetap di rumah mereka kerana masih ada bahagian rumah yang tidak ranap namun sekiranya hujan lebat atau angin kencang, mereka akan menumpang di rumah jiran,” katanya. Dalam pada itu, nasib yang menimpa keluarga mangsa dapat perhatian Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Rompin, namun hingga kini, masih belum terima bantuan. Orang ramai yang ingin hulur sumbangan hubungi Saerah ditalian 0105721343. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.