KUANTAN - Polis Pahang akan menunda mana-mana kereta yang diletakkan di tepi jalan secara berlapis ke kawasan tempat letak kenderaan disediakan jika berlakunya banjir gelombang kedua di daerah ini yang diramal bermula sekarang sehingga 6 Januari depan.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Abd. Majid berkata, dalam kejadian banjir pada 3 Disember lalu, pemilik kereta meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga pasukan keselamatan sukar melalui laluan tersebut.
Menurutnya, polis melakukan persediaan membuka kawasan tempat letak kenderaan di lokasi yang dilanda banjir supaya semua pemilik kenderaan meletakkannya di situ.
"Sekiranya terdapat segelintir pemilik kereta yang meletakkan kenderaan di bahu jalan, kita akan mengambil tindakan dengan menundanya ke kawasan yang disediakan.
"Langkah ini diambil bagi melicinkan pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan dan diharap masyarakat memberi kerjasama dan mengikut arahan sepanjang proses tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad.
Dalam pada itu, beliau berkata, selain pusat pemindahan yang disediakan, polis juga menyediakan beberapa kawasan tempat letak kenderaan mengikut kawasan kediaman yang dinaiki air.
Jelasnya, kawasan dicadangkan bagi penduduk Permatang Badak, Sungai Isap 1, Sungai Isap Jaya, Taman Guru, Taman Sepakat dan Taman Kurnia ialah di tanah lapang bersebelahan pasar raya Giant, di tepi padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dekat Kemunting dan di sepanjang laluan dari Tanah Putih menghala ke persimpangan lampu isyarat Permatang Badak.
"Bagi penduduk di sekitar Taman Guru, Gudang Rasau dan perumahan Batu 6 boleh meletak kenderaan di laluan masuk ke Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Gudang Rasau dan sepanjang kiri kanan jalan Gambang menghala ke Taman Tas.
"Penduduk sekitar Bukit Rangin dan Pintasan Kuantan boleh meletak kenderaan di laluan Pintasan Kuantan-Pelabuhan dari arah Bukit Rangin menghala ke Kolej Shahputra dan di tanah lapang berhadapan stesen minyak Shell Jalan Kuantan-Pelabuhan," katanya.#sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan