script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lagi Mangsa Tipu Sindiket Gores Menang Di Kuantan !!


KUANTAN - Seorang guru mendakwa menjadi mangsa penipuan sindiket gores dan menang apabila hanya diberikan sebuah dapur gas dianggarkan berharga RM100 walaupun mulanya dijanjikan sebuah Toyota Camry. Selain kerugian RM3,000, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Affendi, 58, dari Temerloh, juga mendakwa diugut dicederakan oleh beberapa pekerja syarikat berkenaan. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini kira-kira jam 8 malam kelmarin. Dalam kejadian itu, katanya, dia bersama anak berusia 18 tahun ke sebuah pusat beli-belah di sini, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, sebelum dihampiri beberapa individu di tempat letak kereta yang memintanya menyertai peraduan gores kad, yang kononnya menawarkan hadiah lumayan. Mereka memaksa saya dan anak masuk peraduan itu dan memaklumkan kami menang Toyota Camry. Saya menolak hadiah berkenaan, namun mereka paksa ke pejabat syarikat di Air Putih, di sini untuk penjelasan lebih lanjut mengenai hadiah, yang kononnya kami menang, katanya. Affendi berkata, tidak tahan dengan desakan pekerja terbabit, dia bersetuju ke pejabat syarikat berkenaan, namun sebaik tiba di situ, terus dipaksa membayar RM15,000 sebagai yuran pendaftaran yang kemudian diturunkan kepada RM3,000 dengan bakinya boleh dibayar ansuran. Saya berat hati nak bayar RM3,000, tapi akur selepas diugut tidak dibenarkan keluar dari premis itu, selain dicederakan. Selepas membayar wang berkenaan, saya hanya diberikan dapur gas sebagai hadiah, bukan kereta seperti dijanjikan, katanya. Apabila minta penjelasan pekerja syarikat itu, mereka hanya ketawa, malah terus memaksa saya menjelaskan baki yuran pendaftaran jika mahu memiliki kenderaan terbabit. Selepas beredar tidak lama kemudian, saya dihubungi pekerja syarikat itu yang meminta segera bayar baki yuran, selain menggugut menyerang saya di rumah jika enggan, katanya. Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang, Mohd A Aruwan Ab Aziz ketika dihubungi, berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan, selain merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan lanjut. #sumber Baca kes sama, di SINI
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.