KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengorak langkah memperkenalkan perkhidmatan kaunter bergerak bagi kemudahan penduduk menjelaskan bayaran cukai tanpa perlu datang dan beratur di kaunter sedia ada.
Kaunter bergerak menggunakan sebuah van yang dilengkapi kelengkapan bagi tujuan itu menjadi alternatif untuk penduduk membayar cukai masing-masing selain secara atas talian dan di kaunter.
Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaakob berkata, setakat ini sebuah kaunter bergerak disediakan bagaimanapun akan ditambah dari masa ke masa.
Menurutnya, MPK menyasarkan perkhidmatan itu akan ditambah sehingga lima buah pada masa akan datang, bagaimanapun semuanya bergantung kepada keperluan dan peruntukan memandangkan kos bagi sebuah kaunter bergerak itu lebih RM100,000.
“Sebenarnya kaunter ini sudah mula beroperasi sebelum ini dan sambutan yang diterima daripada masyarakat amat baik.
“Perkhidmatan ini hanya dikhaskan untuk bayaran cukai pintu sahaja bagaimanapun kita akan memperluaskan untuk kemudahan semua jenis bayaran berkaitan MPK pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Minggu Inovasi MPK 2013 yang dirasmikan Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail di Taman Pasif, di sini, semalam.
Zulkifli berkata, pihaknya perlu mengemas kini sistem sedia ada sebelum kaunter itu dibuka bagi tujuan pembayaran semua jenis bil MPK.
“Kita berharap pengenalan perkhidmatan kaunter bergerak ini akan memudahkan orang ramai menjelaskan cukai masing-masing sekali gus meningkatkan hasil kutipan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, lima pihak berkuasa tempatan (PBT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjadi PBT angkat MPK.
“PBT terlibat ialah Majlis Daerah Rompin, Majlis Daerah Batu Gajah (Perak), Jelebu (Negeri Sembilan), Setiu (Terengganu) dan Baling (Kedah).
“PBT ini sebenarnya sudah lama menjadikan MPK sebagai mentor bagaimanapun melalui MoU hari ini (semalam) kelima-lima PBT itu secara rasmi menjadi PBT angkat di bawah MPK,” katanya.
Dalam majlis berkenaan, MPK turut menandatangani MoU KIK Hybrid dan rakan strategik dengan beberapa agensi kerajaan negeri dan juga persekutuan. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu






