script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Dua ADUN BN Mungkin Hilang Kerusi Di Perak !


IPOH, 27 Dis - Dua ADUN Barisan Nasional (BN) Negeri Perak kemungkinan besar bakal kehilangan kerusi kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon PAS, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki. Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap  ADUN  Manong, Mohamed Kamil Shafie (kanan), sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap  ADUN  Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya (kiri). Kedua  ADUN  BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut. “Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut. Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut. Melalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan kedua-dua  ADUN  tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat serta menghalang ADUN berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN). Sementara itu pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan, jika permohonan kedua-dua pemohon itu dipersetujui mahkamah, maka kemenangan kedua ADUN itu akan terbatal dan pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.