KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) telah mengagihkan RM94 juta daripada RM97 juta kutipan zakat yang diperoleh sepanjang tahun ini.
Yang Dipertuanya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, agihan diberikan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat.
Titahnya, daripada jumlah agihan itu, sebanyak RM617,000 diperuntukkan kepada mangsa banjir yang terlibat dalam bencana itu baru-baru ini.
“Muip mengagihkan RM200 kepada 3,000 ketua keluarga di Kuantan dan Pekan sebagai bantuan untuk ringankan beban mereka selepas mengalami banjir yang teruk.
“Kita juga masih kumpul nama-nama mangsa banjir untuk mendapat bantuan yang seterusnya,” titahnya selepas menyempurnakan Majlis Serahan Zakat di Istana Abdul Aziz, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Tengku Abdullah turut melahirkan rasa bangga dengan peningkatan jumlah pembayar zakat di negeri ini iaitu mencecah 69,000 pembayar manakala Kuantan merupakan daerah tertinggi pungutan zakat iaitu berjumlah RM45juta.
Titahnya, Muip optimis mampu mencapai sasaran kutipan zakat iaitu RM108 juta tahun ini berikutan kesedaran syarikat korporat jelaskan zakat perniagaan semakin meningkat.
“Bagi tahun 2014, Muip sasarkan kutipan zakat sebanyak RM115 juta dengan sasaran pembayar seramai 75,000,” titahnya.
Pada majlis itu, Tengku Abdullah menerima serahan zakat daripada tujuh syarikat korporat berjumlah RM5.6juta antaranya Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma), Kumpulan DRB-Hicom Berhad dan juga Tanah Makmur Berhad. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan