KUALA LUMPUR - Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong masing-masing telah dipilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden MCA.
Liow mendapat 1,186 undi dalam pertembungan tiga penjuru menentang Gan Peng Siu (1,000 undi) dan Ong Tee Kiat (160 undi).
Sementara Wee Ka Siong mengalahkan Donald Lim dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden MCA.
Wee mendapat 1,408 undi manakala Donald mendapat 927.
Untuk pertembungan Naib Presiden pula, Lee Chee Leong (1,642), Hou Kok Chung (1,475), Chua Tee Yong (1,343) dan Chew Mei Fun (1,230) telah dipilih.
Keputusan itu dilihat sebagai kembalinya Chew ke arena politik. Beliau sebelum ini pernah menjadi ketua Wanita MCA, selepas terkeluar dengan bekas Presiden Dr Chua Soi Lek sebelum ini. AJK Pusat baru. #selanjutnya
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan