KUANTAN - Pahang menyasarkan seramai 12 juta pelancong melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) yang bermula tahun depan.
Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Ishak Mokhtar berkata, sasaran itu dibuat berikutan jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini sepanjang tahun ini berjumlah 12 juta orang.
Menurutnya, bagi mencapai sasaran itu, pihaknya telah menyusun sebanyak 24 program sepanjang tahun ini bagi menarik pelancong ke negeri ini.
"Aktiviti promosi pelancongan menerusi program tersebut akan meningkatkan lagi jumlah kehadiran pelancong domestik dan luar negara kerana Pahang mempunyai pelbagai keunikan yang pasti meninggalkan kenangan kepada mereka.
"Sehubungan itu, usaha mempergiatkan produk pelancongan perlu dipertingkatkan dan berharap ejen-ejen pelancongan tidak ketinggalan mengambil peluang ini sempena TMM2014," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pelekat TMM2014 melibatkan persatuan teksi dan perkhidmatan bas RapidKuantan di Stadium Darul Makmur di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Pejabat Pelancongan Pahang, Idros Yahya dan Pengarah Tourisme Pahang, Mohd. Faharuddin Hatmin.
Sebanyak 460 teksi dari empat persatuan teksi dan 60 bas RapidKuantan daerah ini dipilih menjadi duta kecil dalam kempen tersebut.
Menurut beliau, semua pihak termasuk masyarakat tempatan perlu berganding bahu dalam menjayakan TMM2014 kerana program itu bukan setakat memperkenalkan produk pelancongan, malah turut jana pendapatan. #selanjutnya
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan