TEMERLOH - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mencari jalan terbaik untuk membendung kesan kenaikan tol kepada rakyat sekiranya perkara tersebut akhirnya terpaksa dilakukan.
Menurut Perdana Menteri, perkara seperti kenaikan tarif elektrik dan tol secara prinsipnya tidak dapat dielakkan dan sebab itu beberapa kaedah sedang diteliti bagi mengurangkan kesannya kepada rakyat yang akan diumumkan apabila tiba masanya.
"Ini perkara yang sukar untuk tidak dilakukan tetapi kita sedang cari jalan. Maknanya apabila kita umumkan lebih awal kita dapat maklumat timbal balas daripada rakyat dan kita tengok macam mana kita boleh kurangkan lagi beban ini.
"Misalnya kalau tol terpaksa naik, kita tengok ada cara tak. Mungkin ada kadar untuk waktu puncak, waktu lain ada kadar lain atau ada pas bermusim bagi yang menggunakan laluan sama setiap hari yang mungkin kita boleh beri kadar lebih rendah lagi dan sebagainya.
"Ini semua sedang kita fikirkan, benda ini belum muktamad lagi tapi kita bayangkan prinsipnya kita tak dapat elakkan," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Penghargaan Kepada Sukarelawan Peringkat Nasional di Masjid Abu Bakar di sini semalam.
Sementara itu, jelas Perdana Menteri, rakyat perlu faham soal kenaikan tol, tarif elektrik dan sebagainya amat sukar untuk tidak dilaksanakan kerana boleh membawa implikasi kepada ekonomi yang akhirnya menyebabkan rakyat menanggung kesan yang lebih dimasa akan datang.
#sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tol naik tak dapat elak? setiap hari pengguna highway tak pernah kurang masih kata rugi? Puak2 yg bersekutu dgn saham bijih besi la yg menangguk di air keruh.. lori2 mereka menyebabkan jalan pecah.. Lorong kiri di LPT pecah2 dan berlubang teruk siapa punya angkara? Takkan kereta kecil? Berlubang2 standard jalan kampung merosakkan rim dan tayar kereta.. di sepanjang LPT Maran ke Karak teruk berlubang sampai rim bengkok. Keje sapa?
BalasPadam