KUANTAN - Badan bukan kerajaan (NGO) disaran mempertingkat aktiviti sukarela dalam usaha membantu mangsa banjir yang masih memerlukan khidmat terutama dalam kerja pembersihan kediaman dan premis perniagaan.
Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Hatipah Ibrahim, berkata, setakat ini, kira-kira 200 berdaftar dengan Majlis Belia Negeri untuk menjadi sukarelawan.
“Walaupun bencana kali ini agak dahsyat tetapi dengan adanya sukarelawan yang datang daripada pelbagai pelusuk negeri dan NGO, dapat membantu meringankan beban mangsa terutama dalam kerja pembersihan dan baik pulih rumah.
“Namun begitu, saya masih belum boleh berpuas hati dengan pembaitan belia setakat ini, justeru mereka perlu menguar-uarkan lagi setiap aktiviti yang dianjurkan untuk menarik penyertaan belia sebagai sukarelawan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Madrasah Hafizah Kampung Chendering, dekat sini.
Katanya, kerja sukarela perlu diuar-uarkan bukan sahaja kepada belia malah ibu bapa digalak menasihatkan anak-anak mereka supaya menjadi sukarelawan.
“Ibu bapa perlu memberi galakan kepada anak-anak melakukan kerja sukarelawan sekali gus membentuk keperibadian mereka menjadi insan penyayang dan rajin menghulur bantuan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, tidak ada peruntukan diberikan kepada sukarelawan ini memandangkan kerja yang dilakukan adalah atas inisiatif sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan.
“Kami di jabatan belia negeri atau daerah hanya menyediakan makan, minum dan pengangkutan sahaja kepada mana-mana sukarelawan yang ingin keluar membantu,” katanya.
Sementara itu, kira-kira 100 belia bergotong-royong membantu membaik pulih untuk memberi keselesaan kepada hafizah sempena Program Sukarelawan Bencana Banjir bersama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan di Sekolah Mahrasah Cendering.
Turut hadir, belia daripada Majlis Belia Negeri dan Daerah, kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta juga para pelatih Kolej Jururawat Kuantan. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan