Kerajaan digesa memantau aktiviti permainan Snow Walk di I-City Shah Alam yang jelas sekali telah menipu ramai pengunjung terutamanya orang-orang kampung. Dengan alasan untuk melihat "salji berguguran jatuh ke bumi", sebenarnya apa yang disajikan oleh I-City tidak lebih sebuah "peti ais" semata-mata. Sudahlah tiket masuk mahal, dewasa sekitar RM35 hingga RM40 seorang, manakala kanak-kanak pula antara RM25 hingga RM30 seorang. Kemudian, bila pengunjung mahu masuk ke dalam kawasan terbabit dipaksa pula membeli kasut, sarung tangan dan baju sejuk atas alasan di dalamnya sejuk. Maka, pengunjung terpaksa membeli dengan kos yang amat tinggi dan tidak masuk dek akal. Namun, apabila memasuki kawasan "Snow Walk" yang dicanangkan itu, apa yang disajikan tidak lebih ketulan-ketulan ais dengan suhu yang terlalu sejuk. Sudahlah pengunjung dilepaskan begitu sahaja tanpa ada anggota keselamatan atau perubatan disediakan. Ramai pengunjung yang terjatuh dan cedera akibat ketulan ais yang sudah pastinya licin untuk dilalui. Didalamnya sekadar ukiran ais berupa rumah, binatang, kenderaan dan sebagainya. Tidak ada langsing "Snow" atau salji yang dijanjikan sebenarnya. Ini jelas satu penipuan yang nyata, berbeza sama sekali dengan apa yang terdapat di Snow Wold di Genting Highlands. Jika di Genting, salji benar-benar turun dan pengunjung boleh menggengam salji-salji buatan yang terdapat di situ tetapi di I-City apa yang dipaparkan hanyala ketulan air yang begitu sejuk dan amat berbahaya kepada mereka yang tidak berhati-hati ada atau masalah kesihatan. Amat mendukacitakan lagi apabila, pihak I-City membiarkan kanak-kanak dibawa umur 12 tahun termasuk bayi masuk ke dalam "peti ais beku" itu, walau pun bersama dengan keluarga masing-masing. Ini kerana, jelas ia amat tidak sesuai sama sekali berdasarkan kepada suhu didalamnya. Akibatnya ramai kanak-kanak termasuk juga orang dewasa yang mengelupur kesejukan akibat tidak tahan ketia berada di dalam "Snow Walk" yang didakwa bersalji itu. Ramai yang terpaksa keluar beberapa kali untuk menghilangkan kesejukan sebelum masuk semula susulan harga tiket yang mahal sebenarnya. Jika tidak sudah pasti mereka terus berada diluar menunggu ahli keluarga yang lain itu keluar. Inilah hakikatnya yang berlaku.
Bukti, hanya ketulan ais yang berukir disaji dalam Snow Walk, tapi salji?
Inilah dia lagi antara ukiran ais yang dibina, adakah ini namanya SNOW?
Cuba lihat Snow World di Genting Highlands yang jelas bersalji sebenarnya
[Persoalannya, demi keuntungan yang mahu dicari I-City tergamak menipu pengunjung. Bagi mereka yang sudah tahu kisah ini pasti tidak mahu berkunjung lagi. Namun, bagi yang pertama kali datang pasti teruja untuk melihat dan bermain dengan salji-salji bertaburan. Mereka juga pasti kecewa kerana apa yang dipaparkan oleh I-City tentang "Snow Walk" hanyalah "Indah Khabar Dari Rupa". Pengunjung tertipu dengan paparan iklan sedangkan hakikatnya tiada pun salji, hanya yang ada ialah ukiran ketulan ais di sana sini dengan suhu yang amat sejuk. Oleh itu, Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap penipuan ini. Jika mahu buat salji tirulah apa yang dilakukan oleh pengurusan Genting Hihglands yang benar-benar merealisasikan impian semua orang. Oleh itu, semua rakyat Malaysia digesa memboikot I-City atas penipuan ini jika kerajaan tidak berbuat sesuatu. Jangan biarkan lebih ramai lagi yang ditipu sewenang-wenangnya atas nama pelancongan. Lagi artikel panas klik Kebenaran Sebenar I-City Terbongkar].









Kesimpulannya takyah pegi je.. membazir katanye.. Hidup kita ni padan gitu je la.. yg duduk kat salji sibuk nak berjemur tepi pantai.. yg duduk iklim panas nakkan salji.. tup.. tup pakcik terkono.. Ketuk je ais tu bawak balik buat air sarbat..
BalasPadamX suka ckp je x suka kan senang..
BalasPadamTak suka sendiri, tak payah bising. Orang lain pergi happy sahaja. Ramai pekerja yg halal bekerja dalam tu. Tak elok hancurkan peiuk nasi orang lain.
BalasPadam