script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PDRM Nafikan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Di Serang


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini yang menyebabkan kematian dan kecederaan. Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Lai Lee Ching berkata, keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa. Beliau menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan bertindak tegas terhadap pelakunya. "Susulan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam," katanya dalam kenyataan hari ini. Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali, kata Lai. Beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian. Catatan di Facebook itu antara lain mendakwa Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom berani mati yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Kerajaan UMNO/BN selepas menang PRU-13 tidak mengakui menjadikan sara hidup rakyat meningkat.?

    Mana boleh..

    Manifesto sebelum PRU menjanjikan kesetabilan hidup rakyat.
    Apa yang dikhuatiri pembangkang sebelum itu telah dijadikan kenyataan oleh OMNO/BN. Semua khidmat dan keperluan hidup yang berbayar terpalit dengan kenaikan bayaran.

    Sebelum PRU-13 dinafikan. Selepas menang kekhuatiran itu dirialitikan.

    Para pengundi dan penyokong UMNO/BN harus bersyukur. Jangan keloh kesah. Itu yang pihak kamu mahukan.

    PRU-14 pula UMNO/BN akan janji lagi untuk stabilkan kehidupan. Lalu tuding kepada pembangkang tidak berbuat apa-apa semasa
    rakyat dihimpit peningkatan sara hidup.
    Para pecacai ketika itu akan bersorak ria lagi, hidup umno/bn berkali kali.
    Lalu 'berkokok' lagi ilmuwan islam umno/bn. Sabar... itu takdir...
    Kah... kah... kah...

    Umpama
    Main bola tengah lebuh raya, kena langgar patah riok, lalu kata sabar... itu takdir Tuhan...

    Ingat,
    Duduk dalam UMNO/BN ambillah apa-apa manfaat daripada mereka. Namun ketika PRU-14 nanti ambillah iktibar.

    Fikir-fikirkanlah.

    Pinjam senikata lagu Datok Ali Mamak, 'Sabaaar lah Aliiiiiii.....'.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.