ROMPIN - Persatuan Belia Komuniti Sejagat Kampung Serinkin, di sini, tidak berpuas hati dengan struktur binaan gelanggang futsal di kampung tersebut yang disifatkan mereka tiada ciri-ciri keselamatan dan merbahaya kepada penggunanya.
Difahamkan, projek pembinaan gelanggang futsal tersebut adalah projek di bawah Pembangunan Luar Bandar (PLB) yang sepatutnya siap November lalu tetapi baru boleh digunakan Disember baru-baru ini.
Pengerusi Persatuan Belia Komuniti Sejagat Kampung Serinkin, Mohd Zuheme Mohd Zuki, 29, berkata, ini adalah satu-satunya gelanggang futsal yang meliputi tujuh kampung dari Janglau hingga ke Tanjung Gemok.
“Pagar sekeliling gelanggang rendah dan tiangnya pula besi bentuk berpenjuru yang sepatutnya diletak di sebelah luar, bukan di sebelah dalam dan setahu saya kebiasaannya ia adalah besi bulat dan agak tinggi.
“Selain itu, kalau ikutkan ketebalan tar sepatutnya 50 milimeter tetapi saya lihat yang dibuat adalah agak nipis, jauh bezanya dengan gelanggang futsal 1Malaysia yang berlantai simen,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, oleh kerana ini adalah satu-satunya gelanggang futsal yang ada, kemungkinan akan ramai belia dan juga penduduk kampung lain yang akan datang serta tertumpu di sini untuk bermain futsal.
Selain itu, beliau juga mahu pihak yang berkenaan memandang serius tentang isu ini yang sedikit sebanyak merugikan kerajaan dan juga pembangunan belia.
“Kalau boleh kami mahu gelanggang yang terbaik untuk kami bermain dan tidaklah timbul rasa malu jika orang luar tengok gelanggang futsal yang dibina sebegini.
“Saya juga berharap pihak yang berkenaan dapat turun padang mengatasi masalah ini dengan memberi penjelasan yang konkrit,” katanya. #selanjutnya
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan