script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Empat Beranak Nyaris Di Hempap Pokok Di Temerloh


TEMERLOH - Empat beranak terselamat daripada dihempap batang pokok ketika rumah didiami di Kampung Teluk Ira di sini rosak teruk dalam kejadian ribut malam kelmarin. Rumah didiami pasangan bertaraf Penduduk Tetap (PR), Munir Karia 47, dan isteri Shamsinar Nordin, 45, dihempap batang pokok pulai ketika ribut dan hujan melanda beberapa kawasan sekitar daerah ini. Shamsinar berkata, kejadian jam 10.15 malam itu begitu mengejutkannya sekeluarga apabila bunyi dentuman kuat meranapkan bumbung dan bahagian dapur rumah sewa yang didiami sejak lebih 20 tahun lalu. Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dan suami serta dua anak berusia 21 dan 17 tahun sedang berehat dalam rumah apabila angin kencang tumbangkan pokok kayu mati bersebelahan rumahnya. “Saya terkejut apabila batang pokok sebesar satu pemeluk menghempap bahagian dapur dengan bunyi yang sangat kuat, mulanya batang pokok itu tersangkut pada tiang rumah tetapi jatuh mengenai lantai beberapa saat kemudian,” katanya. Shamsinar berkata, dia dan keluarga bernasib baik kerana sewaktu kejadian berada dalam bilik masing-masing dan kesemua ahli keluarganya terselamat. Bagaimanapun katanya, dua motosikalnya yang diletakkan di luar rumah akibatkan kerosakan teruk akibat dihempap pokok. “Kami bernasib baik apabila tuan rumah beri bantuan kayu untuk baiki kerosakan ini, saudara mara dan rakan suami juga bergotong-royong pasang semula atap dan dinding yang tercabut,” katanya. Shamsinar berkata, kejadian itu langsung tidak disangka kerana pokok yang menghempap rumahnya condong ke arah bertentangan sebelum ini. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.