BENTONG - Perjalanan pulang seorang juruteknik dari tempat kerja bertukar tragedi apabila dia dihempap pokok buluh di Kilometer 3.5 Jalan Janda Baik-Bukit Tinggi dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, mangsa dikenali sebagai Md Rafii Md Daud, 40.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal Modenas Kriss dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Bukit Tinggi.
“Setibanya di tempat kejadian yang merupakan satu selekoh, mangsa dipercayai dihempap pokok buluh terdapat di kiri jalan lalu dia terjatuh ke atas jalan.
“Kejadian itu disedari oleh orang awam dan mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad Mansor berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Bentong akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati, ketika kejadian berlaku cuaca terang dan jalan kering.
“Kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan