script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suami Isteri Terharu Terima Rumah Baru Dari Bomba


KUALA KRAU - Sepasang suami isteri di Kampung Gunung Senyum di sini terharu menerima rumah baharu bernilai RM35,000 yang dijayakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Pasangan tersebut, Mohamad Anuar Abdul Malik dan Rashida Osman menyifatkan rumah baharu itu amat selesa berbanding rumah asal mereka yang musnah akibat terbakar pada awal tahun ini. Menurut Rashida, kesudian JBPM membina rumah dalam tempoh singkat membuktikan agensi kerajaan itu serba boleh dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. "Penghargaan juga turut diberikan kepada Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad yang prihatin dengan kesulitan rakyat. "Sebelum ini kami terpaksa menumpang di rumah kakak selepas kediaman yang diduduki terbakar, kami sekeluarga tidak mempunyai tempat tinggal lain," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan kunci itu yang disampaikan Ismail baru-baru ini. Sementara itu, Ismail memuji usaha pihak JBPM kerana melakukan perkara di luar kebiasaan dengan membina rumah untuk golongan memerlukan. "Usaha ini menunjukkan jabatan kerajaan ini sangat peka dengan keperluan rakyat," katanya. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim hadir sama. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.