ROMPIN - Puteri UMNO Bahagian Rompin menggesa pihak keselamatan negara agar menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak tidak kira organisasi atau individu yang terlibat dengan himpunan menggulingkan kerajaan yang dikhabarkan akan diadakan pada 31 Disember ini.
Ketua Puteri UMNO Bahagian Rompin, Azlina Azma Mohd Azmi berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang akan terjadi huru-hara seperti beberapa siri demonstrasi Bersih yang diadakan sebelum ini.
“Kita mahu pihak keselamatan negara mengambil tindakan tegas terhadap penganjur, peserta dan penyebar yang menghasut rakyat turun ke himpunan menggulingkan kerajaan yang dijangka pada 31 Disember ini.
“Sudah tentu kita rasa bimbang akan terjadi huru-hara seperti beberapa demonstrasi jalanan yang pernah diadakan di Kuala Lumpur sebelum ini yang banyak merosakkan harta benda awam dan sebagainya,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, kelmarin.
Beliau yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Pahang dan Exco Puteri Malaysia memohon semua anak muda di luar sana agar tidak termakan hasutan atau pujukan mana-mana pihak untuk ikut serta dalam himpunan tersebut.
“Jangan diikutkan kata hati dan elakkan diri terlibat dengan himpunan terbabit. Kita mohon anak muda terutama pelajar university agar tidak terpedaya dengan hasutan atau pujukan yang banyak disebarkan melalui media sosial,” katanya kepada media. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan