KUALA LUMPUR - Saranan Mahathir dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, menolak hujah Pengerusi Felda, Isa Samad bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah UMNO tetapi merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana kerajaan.
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Beliau mengulas tulisan Tun Mahathir di blognya yang berkata, dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, kerajaan sepatutnya kurangkan kos pengeluaran dan bukannya menaikkan harga barangan yang tentunya akan beri kesan kepada kehidupan rakyat.
Ini kerana, dengan kurangkan kos, tahu berjimat-cermat dan kawal ketirisan, tiada sebab barangan tidak boleh dijual dengan harga yang sama atau lebih rendah lagi.
Jika kos tidak mahu dikurangkan dan langkah berjimat tidak diusahakan sedangkan sebagai sebuah kerajaan ianya boleh dilakukan UMNO melalui iltizan para pemimpinnya, sudah tentulah memang salah
UMNO jika harga barangan itu terus meningkat. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan