KUALA LIPIS - “Pada 20 Disember lalu ketika sibuk mengemas barang di rumah, hati saya terdetik untuk melihat Ilman di dalam buaian dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dia terkena sawan."
Demikian kata Tengku Nurul Suhaida Tuan Ameri, 24, ibu kepada Nik Alauddin Ilman Nashif Mohd Hanif, 9 bulan yang disyaki didera oleh pengasuh.
Menurutnya, sejurus mendapati anaknya terkena sawan, dia bertindak membawa Nik Alauddin Ilman ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan.
“Beberapa hari sebelum Ilman terkena sawan, saya mengesan terdapat kesan lebam pada bahagian dahinya dan ketika ditanya pada pengasuh berkenaan dia menyatakan bekas makanan jatuh pada kepala Ilman.
“Sejak itu kesihatan Ilman kian merosot dan tidak aktif seperti biasa sehingga dia diserang sawan serta mendapat rawatan di hospital,” katanya.
Tengku Nurul Suhaida berkata, setelah semalaman menerima rawatan di hospital terbabit, anaknya dibenarkan keluar wad.
“Namun pada 22 Disember sekitar jam 4 pagi bayi saya kembali diserang sawan dan saya bersama suami, Mohd Hanif Omar, 27, bertindak menghantar Ilman ke Hospital Lipis semula.
“Semasa menerima rawatan di unit kecemasan, Ilman diserang sawan sebanyak empat kali dan pihak hospital terpaksa merujuk Ilman ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya.
Ibu bayi malang itu berkata, setelah tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hoshas, anaknya kini ditempatkan di wad pediatrik hospital berkenaan.
“Semalam (kelmarin) Ilman dipindahkan ke wad pediatrik namun dia masih belum aktif sepenuhnya dan seolah-olah trauma dengan apa yang berlaku,” katanya.
Tengku Nurul Suhaida berkata, hasil imbasan x-ray yang dilakukan dapati berlaku pendarahan dalam kepala dan kedua belah mata anaknya selain kesan lebam di bahagian lutut kiri dan lengan. #selanjutnya
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan