script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB Pahang Gesa Rakyat Bersabar Tunggu Sumbangan


KUANTAN, 23 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto) meminta mangsa-mangsa banjir di negeri ini agar dapat bersabar dalam menantikan pelbagai bentuk sumbangan yang bakal Kerajaan hulurkan. Selain itu mereka juga diminta tidak mudah merungut atas apa-apa kesulitan yang dialami ataupun berebut-rebut apabila proses menghulurkan sumbangan-sumbangan berkenaan dilaksanakan. “… jangan berebut, jangan cepat ‘complain’. Sabar-sabarlah. Ini bencana alam,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada sidang media sempena Majlis Penganugerahan Sumbangan kepada Mangsa-mangsa Banjir di Perkarangan Masjid Muttaqin, Tanah Putih dekat sini semalam. “Yang hari ini dapat 1,000 (keluarga),” katanya pada majlis disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang itu, dan menambah kata, “Mangsanya bukan (setakat) 1,000 keluarga, (tetapi turut melibatkan kira-kira) 13,000, 14,000 keluarga di Pahang ini. “Sabarlah, akan dapat... Tak mahulah oleh sebab ada bantuan, nampak berebut-rebut sebagainya. Kerajaan tidak akan lupa, insyaAllah,” tegasnya dengan ahli Exco Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Sharkar Shamsuddin dan Presiden, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Dato’ Abdul Azeez Rahim di sisi.Yang turut berangkat pada majlis yang sama ialah DYMM Sultanah Pahang serta anakanda, YAM Tengku Arif Temenggong Pahang yang turut mengetuai pertubuhan bukan Kerajaan, SASET itu. Antara yang turut hadir ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohamad; Timbalan Speaker, Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato’ Ismail Mohamed Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Maran, Dato’ Ismail Mutalib; serta ahli-ahli exco serta wakil rakyat negeri. #selanjutnya
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.