MARAN - Tanpa mengenal sempadan, aktivis PAS Gombak memerah keringat membantu membersihkan Masjid Kampung Sekara, Chenor dekat sini yang ditenggelami air dalam kejadian banjir besar baru-baru ini.
Usaha gotong royong membersihkan rumah Allah itu diketuai Ahli Dewan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan.
Bersama-sama empat petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dan 20 anggota Jabatan Amal Gombak, Hasbullah turut membantu membersihkan kawasan yang ditenggelami air di Chenor.
Menurut Pengurus PKM Dun Gombak Setia, Ramli Talib, usaha kebajikan ini perlu dicontohi pusat khidmat yang lain kerana khidmat kepada masyarakat bukan sahaja perlu dilaksana di kawasan sendiri malahan di tempat lain. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan