KUALA LUMPUR - Polis pada Khamis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk gulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi semalam di Saratok, Sarawak.
"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi bantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.
Hadi Ho berkata, kes disiasat bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan lakukan sesuatu aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Dalam pada itu, rancangan pihak tertentu anjur perhimpunan haram itu terus dibantah pelbagai pihak. #sumber
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Sejam yang lalu







Tiada ulasan:
Catat Ulasan