Sungguh mengejutkan pabila membaca artikel panas di muka hadapan akhbar arus perdana Metro Ahad yang bertajuk "Umpan, Goyang Bikini" semalam. Ia berkaitan dengan kisah pesta bikini yang dikatakan berlaku di sebuah pusat hiburan terkenal di Kuala Lumpur. Biarpun amat terkejut dengan pendedahan ini, namun kami tidak hairan melihat senario yang berlaku. Ini kerana kami amat yakin, inilah yang dimahukan sangat oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Islam Hadhari yang mereka canangkan sebelum ini ternyata gagal menyekat hatta membendung masalah gejala sosial yang kian parah sekarang ini. Amatlah memalukan, kerana adengan seperti ini disajikan kepada kita di saat sepuluh hari menjelang berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini. Soalnya sekarang, siapakah yang harus dipersalahkan?. Anak muda terbabit atau kerajaan yang meluluskan lesen premis berkenaan. Selama ini memang telah banyak kes seperti ini berlaku, namun ia seolah-olah tidak memberi keinsafan langsung kepada pihak terbabit. Malahan terdapat juga maklumat bahawa, agensi yang dipertanggungjawab untuk membendung gejala seperti ini juga akhirnya termakan dengan duit "under table" bagi menutup mulut. Mereka terkadang merampas harta benda premis berkenaan, namun akhirnya selang beberapa hari ia dipulangkan semula. Inilah yang sering berlaku didepan mata kita. Lantaran itulah kita tidak hairan wujudnya begitu banyak pusat hiburan haram yang menyajikan arak, seks dan berbagai lagi unsur negatif yang tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara yang diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam seperti Malaysia ini. Soalnya sekarang, mana perginya Menteri Agama dan juga para ulamak UMNO yang kononnya menjaga agama di negara Islam Hadhari ini?. Apakah mereka masih berdiam diri tanpa melakukan sesuatu tindakan drastik atas kejadian ini?Senario yang berlaku ini memang tidak asing bagi warga kota. Istilah "clubbing" adalah menjadi mainan di mulut anak-anak muda seperti ini. Disamping berparti liar, mereka juga bebas bercampur lelaki perempuan dan meneguk air minuman keras. Inilah yang dilaporkan oleh wartawan Metro yang meninjau keadaan ini. Sesungguhnya, amat malang bagi mereka yang sudah menerima perkabaran untuk kebaikan, tiba-tiba melakukan keburukan pula. Ini menunjukkan mereka sedikit pun tidak merasa takut dengan hukuman yang bakal diterima. Malah, kes yang berlaku kepada pragawati sambilan Kartika Seri Dewi langsung tidak menakutkan mereka. Malah mereka pula yang lebih berselera meneguk minuman keras yang disajikan. Kes seperti ini bukan berlaku di ibu kota sahaja, sebaliknya berlaku dimana-mana sahaja. Kenapa kerajaan kita tidak meniru apa yang berlaku di Palembang Indonesia terutamanya di kawasan Acheh?. Kerajaan terbabit mengarahkan semua pusat-pusat hiburan ditutup pada bulan Ramadan. Ia bagi menghormati kesucian bulan tersebut. Kenapa ini tidak berlaku di negara kita? Apakah terlalu sukar untuk yang berkuasa memberi arahan supaya aktiviti seperti ini dihentikan?. Sepatutnya pusat-pusat hiburan yang menyajikan seks dan arak seperti ini dibenteras sehabis-habisnya. Kerana majoriti pengunjung yang hadir adlaah terdiri daripada kalangan anak-anak orang Melayu yang kononnya mengaku beragama Islam itu sendiri sebenarnya.
[Satu langkah drastik perlulah diambil demi menjaga kesucian dan keharmonian agama Islam itu sendiri. Langkah membiarkan pusat-pusat hiburan ini tumbuh bagaikan cendawan, jelas sekali melanggar undang-undang itu sendiri. Pusat hiburan yang jelas membawa ke arah kemaksiatan tidak wajar diberikan lesen. Ia jelas telah merosakkan akhlak dan akidah umat Isdlam terutamanya anak-anak orang UMNO sendiri. Apakah ini yanh mereka mahukan. Generasi yang rosak akhlak?. Supaya bila mereka boleh mengundi nanti mereka sudah pasti akan menolak kebenaran dan mengangkat orang yang tidak layak sebagai pemimpin].







ini berlaku di selangor dan raja nong chik arahkan kerajaan selangor tarikbalik lesen premis berkenaan. artikel ni tak lengkap untuk untuk menggambarkan kpd pembaca kesalahan UMNO. bingai btol penulis ni, SPM dapat berapa ?
BalasPadammana perginya ulama PAS kat selangor? apa tugasnya ulama besar dalam PAS? apakah hanya tugas utk keluarkan fatwa yg karut marut sahaja? apakah benda yg terjadi di MALAYSIA ni bkn tanggungjawab bersama ULAMA utk menghalang perbuatan spt yg diutarakan oleh PDO ni.. mengapa PDO ni terlalu cetek akalnya ya..yg dia tau cari salah UMNO. kat s'ngor siapa yg berkuasa skrg? UMNO ke? so apa peranan PR? buat apa tubuh kerajaan kat selangor kalau tak mau bertindak lgsg..sekadar nak hentam duit aje ke????
BalasPadamKalo ikut paper ..perenggan pertama dia kata ini berlaku di KUALA LUMPUR.. KUALA LUMPUR bukan Selangor.. kalo ianya berlaku kat tempat lain..mai ler link tu tunjuk bukti..kalau stkt nak ckap aku pun bleh kata ini berlaku kat ZIMBABWE..tak reti ke ZIMBABWE...mana Ulama ZIMBABWE nye..and aku akan carry on burukkan ZIMBABWE
BalasPadamBila Pakatan memegang kuasa ada saje masalah yang timbul seolah-olah Pakatan buat semua tidak betul..Umno je yang layak tapi yang menjadi masalah ialah kakitangan kerajaan yang telah diamanahkan untuk menjalankan dengan jujur telah menyalah gunakan amanah itu terutama sekali pada yang berhambakan kuasa dan wang ringgit.
BalasPadamUrusan habuan bulanan yang diberikan oleh pengusaha yang menjadi amalan menyebabkan ada pegawai2 membiarkan perkara ini terjadi mahupun satu provokasi terhadap Pakatan.Tak kiralah kita dari parti mana pun...yang penting Amal Makruf Nahi Mungkar mesti ada dalam hati setiap orang islam kerana kita kena ingat satu hari pasti kita akan balik kampung untuk selamanya dan akan dipersoalkan..Amin.
Jaga2.... tu kawasan Ronnie tu... Sapa tarik lesen, nanti kena 'humban' dari bangunan tinggi..
BalasPadamjangan kena c4 dah lah, berkecai, jenazah pun kena isi dalam bakul.
BalasPadammacamana PDO boleh percaya arus perdana ni?? kata arus perdana bias ke BN la hape la.. tup-tup pasal benda ni, amboi.. suka nak ambik tahu.. u r typical malay mr PDO.. asal ada sexual story, bukan main seronok lagi yek nak ulas..
BalasPadamtapi bagus gak cadangan PDO nak tutup pusat hiburan macam kat aceh tu.. tapikan, kat aceh tu ada dangdut aje dan org yg dtg pun org melayu islam, tade cina dan india.. ape kata kita halau cina dan india dari malysia.. then kita bolehla tutup pusat hiburan tu terus.. semua ni disebabkan diorang ada kat sini..
standard la bro...apasal emo sangat....the best will win bro...
BalasPadamkenapa komen saya tak dipaparkan, janganlah berat sebelah jer, komen yg hentam pdo tak diberikan tempat,,mana yang dikatakan telus,,
BalasPadam