Menerusi surat yang dihantar ke Pejabat Agung PAS bertarikh 15 Oktober, Mohd Tamrin memaklumkan kepada parti itu bahawa beliau menarik diri daripada PAS.
"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," katanya menerusi surat yang dialamatkan ke atas nama Setiahsaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Pejabat Agung PAS mengesahkan menerima surat berkenaan.
Difahamkan surat berkenaan disampaikan menerusi serahan tangan.
Mohd Tamrin menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 11 Ogos 2012.
Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan