script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zuraida: Program PERMATA Rosmah Untuk Golongan Kaya !


KUALA LUMPUR: Program Permata Negara (PERMATA) yang diperkenalkan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hanya menguntungkan anak-anak dari golongan kaya, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Beliau merujuk kepada program PERMATA Seni yang dipilih dari kalangan anak golongan berada yang mempunyai kemahiran dalam seni muzik.
“Sedar atau tidak, program PERMATA kini dilihat sebagai program ‘short cut’ yang dibangga-banggakan contohnya PERMATA Seni dipilih untuk kumpulan orkestra.
“Mereka ini dipilih daripada golongan anak anak orang kaya terlatih dan berbakat dalam bidang muzik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah di Dewan Rakyat mengenai Program PERMATA yang dinaungi Rosmah.
Zuraida ketika dihubungi Keadilan Daily menuntut kerajaan lebih telus dan tidak bersikap pilih kasih terhadap pemilihan kanak-kanak bagi program berkenaan.
“Tiada diskrimimasi memandangkan keutamaan itu harus diberikan kepada anak-anak miskin dan bukan kaya sahaja kerana bakat-bakat anak-anak ini tidak boleh dipersiakan.
“Bakat-bakat anak-anak miskin ini perlu digilap dan tidak boleh dinafikan khususnya anak-anak dari Sabah dan Sarawak,” katanya yang juga Ketua Wanita KEADILAN.

Justeru, beliau menuntut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lebih telus dengan membuat pemilihan khususnya dalam kalangan anak-anak miskin dari Sabah dan Sarawak.
Beliau juga ditanya tentang perbentangan Bajet 2015 ysng diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober lalu berkenaan program PERMATA yang mendapat peruntukan sejumlah RM30.1 juta.
Jelas Zuraida, kerajaan perlu menyediakan laporan tentang perbelanjaan PERMATA bagi membuktikan perbelanjaan tersebut digunakan kepada saluran yang betul.
“Sewajarnya peruntukan besar itu boleh disalurkan untuk memartabatkan hidup anak-anak dalam negara terutamanya di kawasan pendalaman,” tegasnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.