script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MH370: Belum Temui Apa Petanda Pencarian Di Dasar Laut


PIHAK berkuasa Australia mendedahkan laporan pertama dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Rabu yang tidak menunjukkan sebarang penemuan walaupun sudah memeriksa lebih 670 kilometer persegi kawasan yang ditetapkan. 

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 orang itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. 

Sehingga kini tiada sebarang petunjuk ditemui walaupun usaha pencarian udara dan laut besar-besaran sudah dan masih dijalankan.

Pencarian dasar laut pesawat model Boeing 777 itu, yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi setelah tersasar daripada laluan penerbangan, kini sedang dilakukan di perairan Barat Australia. 

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai misi tersebut, berkata kapal GO Phoenix sekarang ini giat menjalankan operasi pencarian dasar laut.




Pencarian dasar laut itu bermula 6 Oktober lalu berdasarkan kaedah tinjauan dan pemetaan lantai laut. Kira-kira 127,000 kilometer persegi di zon pencarian sudah dipeta setakat ini.

Jentera dan mesin canggih yang dihubungkan pada kapal tersebut dan ditunda dengan kabel telah diarah untuk mengesan bahagian terbesar pesawat seperti enjin dan fiuslaj.

“GO Phoenix akan terus menjalankan operasi ini. Ada satu ketika, operasi dihentikan seketika untuk memeriksa jentera yang ditunda dan membetulkan kabel perhubungan. Misi diteruskan selepas itu,” kata jurucakap ATSB.

GO Phoenix ditugaskan buat masa ini di lokasi yang dipercayai menjadi tempat terakhir MH370, berdasarkan analisis terperinci komunikasi satelit pesawat tersebut.

Jelas kenyataan tersebut, kapal kedua, Fugro Discovery pula kini menjalankan prosedur percubaan dan dijangka akan menyertai usaha pencarian itu pertengahan minggu depan di lokasi seterusnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.