script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Militan ISIS: 39 Rakyat Malaysia Terlibat Termasuk Wanita


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesahkan seramai 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita terlibat dengan gerakan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, sehingga kini kerajaan belum mengenal pasti sama ada kumpulan itu terlibat dengan aktiviti Jihad Al-Nikah.

"Setakat ini masih belum terkesan penglibatan mereka dengan aktiviti sedemikian.

"Malah, seorang wanita di dalam kumpulan terbabit merupakan isteri kepada salah seorang ahli gerakan militan berkenaan. Ini adalah lebih kepada khabar angin sahaja," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dilaporkan, Jihad Al-Nikah atau jihad seks merujuk kepada konsep kontroversi di mana wanita Sunni dikatakan menawarkan diri untuk memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, pihak berkuasa belum memuktamadkan jenis undang-undang yang akan dikenakan terhadap kumpulan berkenaan.

"Walau bagaimanapun sekiranya terdapat bukti yang kukuh berkenaan dengan penglibatan mereka dalam aktiviti gerakan militan, kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

"Selain itu ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.