script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Guan Eng: PPS Gagal Di Dakwa Kerana Memang Tak Salah !


GEORGE TOWN: Sehingga hari ini kerajaan masih gagal untuk membuat pendakwaan terhadap 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Kata Guan Eng, pendakwaan gagal dibuat kerana PPS sememangnya berperanan untuk membanteras jenayah, bahkan membantu tugas Polis dalam menjalankan misi menjaga ketenteraman masyarakat.
“Sampai hari ni masih gagal untuk membuat pendakwaan. Sejak empat tahun lalu tidak ada masalah, bahkan pihak polis membenar dan memudahkan anggota PPS untuk menjalankan peranannya membanteras jenayah.
“Mengapa tiba-tiba hari ini (menghalang peranan PPS)?,” kata Guan Eng kepada pemberita selepas upacara pecah tanah Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang, semalam.
Tambah Guan Eng, meskipun Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, namun kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memastikan keselamatan penduduk di negeri ini.
Langkah yang diambil termasuk menjalankan ‘program payung’, iaitu penyediaan pondok polis di kawasan dikenalpasti sebagai ‘panas’ selain penyediaan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tumpuan jenayah jalanan.

Terbaru pada Ogos lalu, kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menambah 56 buah kamera CCTV yang menelan biaya RM9.8 juta untuk tempoh lima tahun dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri paling selamat.
“Polis turut mahu mendapatkan kerjasama dengan program-program menjaga ketenteraman masyarakat. Melalui permintaan itu, maka PPS ditubuhkan.
“Kemudian, Menteri Dalam Negeri membuat serangan dengan motif politik. Ini tidak adil,” ujar Guan Eng.
Beliau mempersoalkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa PPS tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan tidak termasuk di bawah mana-mana akta yang diluluskan Dewan Rakyat.
Kata Guan Eng, parti Umno sendiri mempunyai unit tertentu yang tidak berdaftar dengan ROS, termasuk Skuad Gempur Pemuda Umno.
“PPS ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Kalau parti politik boleh, mengapa kerajaan negeri tidak boleh, sedangkan kerajaan negeri dipilih melalui undang-undang?” soal Guan Eng.
Justeru itu, beliau menasihatkan Zahid untuk memberikan lebih tumpuan kepada isu keselamatan negara, terutamanya di Sabah yang kini kerap diancam kumpulan bersenjata, daripada terus berpolitik dengan menyerang kerajaan Pulau Pinang dan PPS. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.