script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemimpin UMNO Kebal Akta Hasutan, AG Double Standard


KUALA LUMPUR: DAP menyeru Peguam Negara Tan Sri Gani Patail agar menjelaskan mengapa pemimpin Umno tidak dikenakan pendakwaan di bawah Akta Hasutan walaupun secara terang-terang mengeluarkan kenyataan bersifat menghasut.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, amalan pilih kasih (double standard) tersebut jelas sama sekali tidak menghormati prinsip keadilan.
“Semalam Ketua Polis Sepang Mohd Yusoff Awang mempertahankan keputusan untuk tidak menyiasat Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Saad atas dakwaan hasutan berhubung gesaannya supaya dimansuhkan sekolah vernakular.
“Gesaannya juga dikatakan tidak mengandungi unsur-unsur hasutan dan diklasifikasikan sebagai kes sivil. Ini mengarut dan tidak sepatutnya berlaku.
“Jika Ahli Parlimen (Pakatan) boleh diheret dan didakwa atas kesalahan menghasut, mengapa tidak ahli politik UMNO?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.
Gobind yang juga Ketua Biro Undang-Undang DAP berkata demikian sebagai tindak balas kepada Yusoff yang mempertahankan Azli meskipun rakan komponen BN sendiri, iaitu MCA, menggesa siasatan dibuat.
“Perkara ini sangat serius. Bukankah ini merupakan satu lagi contoh jelas penyalahgunaan budi bicara berhubung penggunaan Akta Hasutan?
“Mengapa akta tersebut hanya digunakan terhadap beberapa orang tertentu saja dan bukannya kepada individu lain yang mengemukakan fakta sama?” tegasnya.
Pada tahun 1982, Ahli Parlimen BN Mark Koding pernah disabitkan kesalahan menghasut berikutan ucapannya di Dewan Rakyat (11 Oktober 1978) yang mempersoalkan dasar kerajaan membenarkan sekolah Cina dan Tamil diteruskan di negara ini.
Mark Koding ketika itu menyokong penutupan sekolah-sekolah Cina dan Tamil serta menyatakan jika perkara tersebut melanggar Perkara 152 Perlembagaan, maka Perlembagaan perlu dipinda. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.