script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kit Siang: Letak Selipar Di Dakwa, Ugut Bakar Bible Di Bela


KUALA LUMPU: Ketika seorang lelaki ditahan kerana meletakkan selipar di poster memaparkan gambar Datuk Seri Najib Razak, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak dikenakan sebarang tindakan meskipun mengancam untuk membakar bible berbahasa Melayu.
Malah lebih memeranjatkan kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, bahawa ancaman Ibrahim itu dipertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri melalui jawapan di Parlimen, bahawa tindakan tersebut bertujuan mempertahankan kesucian agama Islam.
“Jika ancaman Ibrahim Ali untuk membakar Bible berbahasa Melayu dikatakan dilindungi oleh Perkara 11 (4) Perlembagaan, apakah peserta himpunan gambar meletak kasut ke poster Perdana Menteri dilindungi Perkara 10 (1) untuk kebebasan bersuara?
“Tangkapan terhadap peserta bantahan itu dan kekebalan Ibrahim Ali dari pendakwaan menonjolkan kecacatan dan salah urus sistem keadilan di negara ini.
“Pada masa yang sama Perdana Menteri mengejutkan negara dan dunia dengan pendakwaan besar-besaran dan terpilih ke atas pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis dan intelektual dibawah Akta Hasutan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Tambahnya, jika tindakan peserta himpunan itu satu kesalahan, maka rakyat Malaysia menuntut keadilan apabila seseorang ditangkap kerana meletak kasut ke poster Perdana Menteri, hanya kerana membantah pemotongan subsidi bahan api dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Seorang warga emas, Krishnan Mookan, 56, ditahan polis di rumahnya dekat Perumahan Rakyat di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan disiasat dibawah Seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan kerana berniat mengugat keharmonian dan melakukan kesalahan jenayah.

Krishnan dirakamkan melakukan perbuatan itu ketika mengadakan demonstrasi 8 Oktober lalu di hadapan bangunan Parlimen kerana membantah kenaikan harga petrol RON95 dan diesel selain pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Kata Kit Siang, tiada masalah sekiranya tindakan tersebut dibuat dalam keadaan amalan perundangan dan kehakiman yang yang bebas, tiada pendakwaan terpilih atau berniat jahat.
Namun katanya, adakah keadaan tersebut akan berterusan menyebelahi ahli parlimen Umno-BN, berikutan pandangan beberapa ahli parlimennya bahawa ‘seseorang itu bersalah, sehingga dibuktikan tidak bersalah’ dan akan ‘ditembak jika didapati bersalah’.
Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar 13 Oktober lalu berkata, Akta Hasutan perlu diperketat dan meletakkan orang yang didakwa dibawah Akta tersebut sebagai ‘seseorang itu bersalah, sehingga dibuktikan tidak bersalah’.
Manakala, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin semalam menggesa Akta Hasutan dikekalkan, dengan mengambil contoh mereka yang didapati menghasut di China akan dihukum tembak.
Justeru itu kata Kit Siang, rakyat Malaysia tertanya-tanya, apakah mereka sedang berurusan dengan ‘orang yang pekak’ berikutan sikap kerajaan yang berdiam diri terhadap kenyataan-kenyataan tersebut.
“Jika Najib tidak mampu melindungi ideanya sendiri, iaitu kempen gerakan kesederhanaan, apa pula nilai janji Najib mengenai wasatiyyah (sederhana) dan hasrat mahu menjadikan Malaysia demokrasi terbaik di dunia?,” kata Kit Siang. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.