script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Projek Langat: MB Pahang Sedia Berbincang Dengan Azmin


KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sedia berbincang dengan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali berhubung projek penyaluran air mentah dari negeri ini ke Selangor.

Beliau berharap pertemuan itu dapat memastikan kelancaran projek berkenaan kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat.

"Saya tiada masalah untuk mengadakan pertemuan dengan beliau (Azmin) dan kalau boleh kita akan bincang pelbagai perkara dalam pertemuan itu nanti.

"Apa yang penting, kita ingin memastikan kepentingan rakyat di kedua-dua negeri terjamin dan tiada masalah lain timbul," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau ditemui selepas merasmikan program Bulan Bahasa Kebangsaan dan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa 2014 peringkat Pahang di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang di sini pada Jumaat.

Adnan diminta mengulas permohonan kerajaan negeri Selangor yang mahu kerajaan persekutuan mendedahkan perjanjian penstrukturan semula industri air negeri itu yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kepada umum.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata pihaknya pernah mencadangkan kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya semua perjanjian yang ditandatangani kerajaan negeri tidak tertakluk kepada OSA.

Dalam pada itu, Adnan enggan mengulas berhubung permohonan Mohamed Azmin supaya perjanjian penstrukturan semula industri air di Selangor didedahkan kepada umum kerana perkara itu tertakluk di bawah kuasa kerajaan Pusat.

Namun, Adnan berkata beliau sedia berbincang dengan Mohamed Azmin pada bila-bila masa mengenai projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.