script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zunar Menang Lawan Kerajaan Malaysia, Buku Kartun Sah !


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak pengharaman buku kartun 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun karya kartunis politik Zunar.
Dalam perbicaraan mahkamah di Kompleks Putrajaya itu, panel hakim Muhammad Ariff Yusof, Tengku Maimun Tn Mat dan Varghese Varughese sebulat suara berpendapat, buku kartun itu tidak mengandungi sebarang ancaman yang boleh menggugat keharmonian negara.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar yang diwakili peguam Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga, Aston Paiva dan Fahri Azza bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah kerana berada di Amerika Syarikat bagi menjayakan program jelajah Amerika menerusi filem pendek, “To Fight Through Cartoon”.
Menurut peguamnya, pengharaman terhadap karya tersebut tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan hak dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kami berpuas hati dengan keputusan ini, kerana pengisytiharan pengharaman ini tidak boleh diterima pakai dan tidak sah serta tidak boleh dikuatkuasa kerana ia bersifat ultra vires bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan bertentangan dengan hak yang dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan,” jelas mereka.
Buku 1Funny Malaysia adalah koleksi karya-karya pilihan kartun Zunar yang disiar di portal MalaysiaKini antara 2005 hingga 2009 manakala Perak Darul Kartun adalah buku terbitan syarikat yang dimiliki Zunar sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd menampilkan karya-karya Zunar bersama beberapa kartunis dan penulis tempatan.

Sementara itu, Zunar dalam kenyataan menyifatkan kemenangan tersebut membuktikan karya milik beliau tidak menggugat ketenteraman awam yang mengundang kekacauan seperti yang dinyatakan kerajaan.
“Saya bersyukur dan berpuas hati atas keputusan ini. Ia memberi semangat baru kepada saya untuk meneruskan agenda “Berjuang Melalui Kartun”.
“Keputusan mahkamah membuktikan bahawa yang membahayakan ketenteraman awam bukan karya kartun, tetapi kerajaan yang takut kepada kartun,” katanya.
Beliau menggesa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati keputusan mahkamah secara menyeluruh dengan menghentikan sebarang bentuk tekanan dan ugutan terhadap karya miliknya.
“Saya dengan ini mendesak kerajaan menghormati keputusan mahkamah secara menyeluruh dengan menghentikan tekanan dan ugutan kepada kilang pencetak dan pekedai-pekedai yang menjual buku-buku kartun saya.
“Saya juga mendesak kerajaan, khususnya KDN memulangkan ratusan naskah buku-buku saya yang dirampas sejak beberapa tahun lalu,” tegas Zunar. #sumber
Share:

3 ulasan:

  1. Syabas En Zunar, kau KATUNKAN lagi!!!!!

    BalasPadam
  2. Good Luck Abg Zunar...Anda legend..rupanya ada kera jaan yg takut pada kartun..hahahaha malu aku jd rakyat negara pondan gini. Pemimpin bacul dan tikus

    BalasPadam
  3. KDN sila pulangkan ratusan buku katun zunar yg kamu rampas ia tdk sebahaya bos yg kini meletop di bukit bintang dan komunis yg menyerang bukiy kepong.guna otak anda dgn btl jgn jd lembu ikut arahan

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.