script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Israel: Speaker "Halang Pembangkang" Cetus Provokasi


KUALA LUMPUR: Hasrat pembangkang untuk mencetuskan provokasi di Dewan Rakyat berhubung pendirian kerajaan berkaitan dasar hubungan diplomatik dengan Israel tidak kesampaian.

Menyedari wujud cubaan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan wakil kerajaan supaya mengabaikan soalan provokasi M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

"Soalan pertama jawab, soalan yang kedua tak payah," demikian arahan Pandikar Amin kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu, ketika diberikan peluang mengajukan soalan tambahan, Kulasegaran bertanya sama ada kerajaan mengamalkan dua dasar berbeza dengan Israel khususnya membabitkan hubungan dagangan.

"Walaupun kita tak ada hubungan (diplomatk) dengan Israel, macam mana (wujud aliran wang) berjuta-juta ringgit.

"Adakah wujud hubungan perniagaan dengan Israel secara terus menerus atau secara tak langsung? Dan adakah ini persetujuan (kerajaan) untuk jalin hubungan demi wang," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), Hamzah sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar itu jelas serta tidak berubah sejak dulu.

"Malaysia juga adalah sebuah negara yang menitikberatkan prinsip kemanusiaan dan amat prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin.

"Status ini tidak pernah berubah dan masih kekal. Lebih-lebih lagi selepas serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza selama lebih kurang 50 hari," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.