script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Liwat II, Hujah Peguam Membuktikan Wujud Keraguan !


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menyifatkan hujah yang dikemukakan Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal cukup kuat untuk membuktikan wujudnya keraguan dalam pendakwaan tersebut.

Beliau yang hadir mendengar rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini berkata, hujah peguam secara jelas menunjukkan ada gangguan terhadap bukti yang dikemukakan.

"Peguam telah memberikan hujah-hujan yang kononnya bahan bukti membolehkan Anwar disabitkan bersalah diragui tentang penjagaan bahan-bahan tersebut.

"Peguam berhujah tadi bahawa berdasarkan prinsip kehakiman, jika bahan bukti tersebut diragui tentang ianya telah diganggu atau tidak, maka prinsipnya tidak boleh mensabitkan bersalah terhadap tertuduh," katanya kepada Harakahdaily.

Tahniah peguam

Sementara itu, Anwar ketika bercakap kepada pemberita, yakin dengan hujah yang diberikan oleh peguamnya untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

"Penghargaan kepada peguam dari hari pertama sehingga keterangan terakhir. Kita mengharapkan keputusan yang sebaik mungkin.

"Melihat kepada hujah, tidak munasabah untuk mendapat keputusan sebaliknya," jelas beliau.

Mengulas cadangan peguam negara untuk menambahkan hukuman ke atasnya, Anwar berkata ianya adalah tindakan kotor atas dasar politik semata-mata.

"Tindakan jijik untuk menambah hukuman itu semua pengaruh politik, keterangan yang dibawa ke mahkamah terlalu kukuh.

"Saya cukup yakin mana-mana mahkamah yang mengikuti prinsip undang-undang serta patuh pada prinsip keadilan tidak akan membuat keputusan sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Mahkamah membenarkan penghujahan pendakwaan esok pagi dan pasukan pembelaan akan menjawab pada Isnin. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.