script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

NGO Alam Sekitar PAS "Terus Protes" Projek Ikan Sturgeon


JERANTUT: PAS Pahang  telah mengadakan satu lagi tinjuan ke kawasan Projek Penternakan Ikan Sturgeon yang semakin kontroversi di Kuala Tahan semalam. Lawatan yang diketuai pimpinan PAS kawasan Yohanis Ahmad Aneq (foto) itu turut disertai oleh ADUN Beserah, YB Andansura Rabu selaku Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang. Turut bersama ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Ustaz M. Zaquan dan Pengarah PAS DUN Tahan, Tuan Hj Mohktar. Lawatan berkenaan juga turut diiringi penduduk serta anak-anak peneroka Felda Sungai Retang dekat sini.



Walau pun ada pihak yang mempertikaikan bantahan yang dibuat oleh kumpulan ini, namun projek ikan Sturgeon ini sebenarnya amat luar biasa kerana ia turut dibantah oleh Ahli Parlimen Jerantut sendiri sebenarnya. Sebelum ini dalam isu-isu besar yang ain di Pahang biasanya bantahan hanya dibuat oleh pembangkang seperti isu Lynas di Kuantan dan Cynide di lombong emas Raub. Namun, isu Strugeon ini amatlah menarik kerana pemimpin BN sendiri juga turut membantah projek tersebut. 



Sementara itu menurut Yohanis antara perkara yang menjadi asas kepada bantahan mereka ialah projek berkenaan telah dimulakan secara senyap tanpa papan tanda. Keduanya, kawasan Taman Negara adalah kawasan sensitif alam sekitar ( KSAS Tahap 1, Environmental Sensitive Area atau ESA Rank 1 ) dan kawasan bersebelahannya adalah Zon Penampan (buffer zone) yang juga dikategorikan sebagai KSAS Tahap 2 atau ESA Rank 2. 


Perkara lain lagi yang dipertikaikan ialah Proses EIA wajib dibuat tanpa mengira kawasan yang hendak dibangunkan, dan apabila ada penduduk setempat yang membantah, maka DEIA perlu dibuat kerana suara masyarakat setempat perlu diambil kira. Bahkan Ikan Sturgeon itu sendiri adalah spesis yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia. Namun, kawasan hutan telah digondolkan dan Sungai Tabung telah keroh tidak seperti dulu lagi. 


Menurut beliau lagi adalah lebih baik Kerajaan Negeri Pahang meluluskan permohonan berzaman zaman Anak Watan Kuala Tahan untuk memiliki tanah (sekitar 2 ekar seorang) untuk dibangunkan dengan aktiviti pertanian bagi menjana pendapatan mereka. Malah katanya adalah lebih elok juga kerajaan membina rumah mampu milik dikawasan sekitar supaya penghijrahan orang muda ke bandar besar dapat diminimakan. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Bukan nak projek ikan. Nak bawa kuar hasil hutan je kot.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.