script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Liwat: Mengapa Peguam Luar Mengetuai Pendakwaan !


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara menggunakan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pendakwaan kes Fitnah 2.
Katanya, Jabatan Peguam Negara mempunyai lebih 1,800 kakitangan berkelayakan sebagai pendakwa dalam kes tersebut.
Malah menurutnya, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri layak berbanding Shafee Abdullah bagi mengetuai pendakwaan.
“Ramai pihak mempersoalkan mengapa walaupun Jabatan Peguam Negara mempunyai lebih 1874 kakitangan yang berkelayakan dari segi undang-undang, tetapi mereka mengambil khidmat pendakwa dari luar iaitu penasihat undang-undang Umno, Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebenarnya Tan Sri Abdul Ghani Patail lebih berkelayakan untuk mengendalikan sebarang kes jenayah. Kes liwat ini adalah kes yang tidak terlalu rumit yang memerlukan khidmat luar,” katanya dalam sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Katanya, pelantikan penasihat undang-undang Umno itu memberi persepsi negatif terhadap keupayaan Jabatan Peguam Negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa kes ini merupakan pendakwaan terpilih.
“Mengapa kes lain dikendalikan peguam negara tetapi kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti dikendalikan penasihat undang-undang Tan Sri Shafee Abdullah yang kita tahu satu masa dahulu dia pernah menjadi penasihat kepada perdana menteri, (Datuk Seri) Najib Razak,” katanya.
Kor Ming turut mendesak kerajaan mengumumkan jumlah bayaran yang terima Shafee Abdullah. Ini berikutan, katanya, kerajaan Perak sebelum ini membayar RM324,000 kepada peguam Umno yang dilantik Datuk Seri Zambri Kadir semasa krisis perlembagaan di Perak. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.