script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PM Moderat Celaru, Akan Jadi Bahan Jenaka Antarabangsa


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak ‘berisiko’ menjadi bahan jenaka antarabangsa sebagai sebagai Perdana Menteri ‘talam dua muka’ apabila sibuk melaungkan seruan kesederhanaan di peringkat antarabangsa, namun tunduk kepada golongan ekstremis ketika di dalam negara.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib sekali lagi menunjukkan sifat ‘skizofrenia’ dengan pemahaman tentang prinsip kesederhanaan yang cukup berbeza di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.
“Pada 27 September lalu, Najib memberikan ucapan yang amat baik dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, apabila menyeru golongan sederhana untuk mengambil kembali agama mereka (daripada puak ekstremis) dan mengambil jalan keamanan.
“Namun di ‘rumah’nya sendiri, Najib mengelak daripada membendung sikap ekstrim dan tidak bertolak-ansur, sehingga berlaku provokasi antara kaum dan agama pada tahap terburuk sepanjang lima tahun pentadbirannya,” katanya dalam satu kenyataan.
“Jelas, Najib mengalami ‘skizofrenia’ (fikiran celaru, berubah-ubah dan tidak stabil) dalam memahami konsep kesederhanaan, apabila pemahamannya di luar negara begitu berbeza dengan di sini,” katanya, secara sinis merujuk laporan Bernama hari ini, bahawa seorang daripada 100 warga Malaysia mengidap penyakit itu.
Sehingga kini, kerajaan masih gagal mengambil sebarang tindakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible bahasa Melayu tahun lalu.
Pada masa sama, puluhan ahli politik Pakatan, aktivis, ahli akademik dan wartawan disiasat di bawah Akta Hasutan, kononnya kerana mengancam keharmonian negara.
Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, beliau yakin Najib akan dapat memberi jawapan yang hebat jika diminta mengulas tindakan biadap Ibrahim itu di luar negara.
“Namun di tanahair sendiri, kerajaan di bawah pimpinannya terus beralasan hanya untuk membela tindakan tersebut, antaranya menyifatkannya selaras dengan Perlembagaan Malaysia,” katanya.
Sebab itu jugalah, katanya lagi, seruan Najib dalam Perhimpunan Agung Gerakan semalam untuk ‘menolak ekstremisme kaum dan agama’ langsung tiada kredibiliti dan tidak lebih sekadar omong kosong semata-mata. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.