script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zainal: Tanpa Tonggak, Penyokong Jadi Tonik Kemenangan !


KEJAYAAN menjulang Piala FA buat kali pertama selepas lapan tahun tanpa trofi pada Jun lalu masih belum cukup untuk melengkapkan koleksi kemenangan pasukan Pahang musim ini.

Berikutan itu, pemain-pemain skuad Tok Gajah ingin meneruskan rentak garang mereka dengan mara ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

Anak buah bekas pemenang Kasut Emas Liga Malaysia 1992, Zainal Abidin Hassan ini seolah-olah sukar untuk dihalang selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara agregat 3-2 pada saingan suku akhir Ahad lalu.

Turun sebagai juara bertahan selepas mengakhiri kemarau trofi Piala Malaysia selama 21 tahun musim lalu, kini skuad Tok Gajah pastinya mahu mempertahankan gelaran itu.

Menurut Zainal Abidin, sukar untuk menjangkakan perlawanan bertemu Kedah pada Ahad ini memandangkan empat pemainnya tidak dapat beraksi.

"Antaranya Dickson Dwakaeme dan Damion Steward kerana digantung perlawanan.

"Bagaimana pun saya telah mengkaji dan membuat percaturan baharu dengan menggantikan posisi mereka dengan pemain tempatan.




"Walaupun sedikit terkilan tanpa aksi dua pemain import ini, saya tetap yakin pemain-pemain lain boleh melakukan tugas dengan baik dan mereka telah membuktikan pada perlawanan sebelum ini.

"Kami juga perlu berhati-hati dengan pasukan Kedah, memandangkan prestasi mereka melonjak naik sejak kebelakangan ini," jelasnya.

Dalam masa sama, Zainal Abidin mengakui perlawanan ini penting bagi mempertahankan trofi juara berada di Pahang.

"Kami akan cuba yang terbaik untuk melengkapkan lagi rekod kejayaan Pahang tahun ini selepas menjuarai Piala FA .

"Momentum kejayaan sebelum ini masih lagi menguasai pemain dan saya harap mereka mampu melaksanakan tugas yang lebih baik.

"Selain itu, kami mempunyai tonik terbaik sebagai pembakar semangat untuk menang dengan sokongan setia penyokong-penyokong Tok Gajah. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.