script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

"Desa Temu Jodoh", Selepas Majlis Kahwin Besar-Besaran !


LABIS: Apabila pesara Paiman Anuar memperoleh hak milik tanah rumahnya selepas empat dekad, dia mengimbau kembali kenangan romantis bagaimana kampungnya kemudian dikenali sebagai Kampung Desa Temu Jodoh.

Pada tahun 1973, Paiman, yang ketika itu berusia 26 tahun datang ke sebuah ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Sungai Lenek dengan kira-kira 120 anak muda yang lain untuk mengambil bahagian dalam projek pembangunan tanah.

Kesemua mereka yang masih bujang tinggal di asrama dan bekerja di atas tanah tersebut.

Hanya beberapa kilometer dari Sungai Lenek, terdapat projek yang sama untuk kumpulan wanita muda.




"Kami diminta untuk membantu kumpulan wanita melakukan kerja-kerja berat dan mengusahakan tanah di Bukit Mambai," Paiman mengimbas semula kenangannya.

Akhirnya, dia bertemu kekasih hati dan pada tahun 1977, 24 pasangan berkahwin dalam upacara besar-besaran.

Sungai Lenek dikenali sebagai Kampung Desa Temu Jodoh.

"Kebanyakan daripada kami terpikat antara satu sama lain. Ia adalah cinta pandang pertama," kata Paiman, yang merupakan salah seorang daripada empat pasangan dari projek pembangunan tanah asal yang bertemu jodoh mereka di Bukit Mambai. 

20 lelaki lain bertemu pasangan mereka dari kampung-kampung berdekatan.

"Nama Kampung Desa Temu Jodoh telah diberikan oleh Menteri Besar Johor, Allahyarham Tan Sri Othman Saat, yang menghadiri upacara majlis perkahwinan besar-besaran," kata Paiman, yang kini bahagia berkahwin dan dikurniakan empat orang anak dan enam cucu.

Beliau berkata majlis perkahwinan besar-besaran itu dipercayai menjadi salah di antara yang terawal diadakan di negara ini, dengan kira-kira 20 ekor lembu disembelih dan dimasak untuk acara tersebut.

"Selepas akad nikah, pasangan yang baharu berkahwin dibawa menaiki kereta Mercedes ke kawasan lapang kampung di mana majlis resepsi diadakan," katanya.

Beratus-ratus orang hadir meraikannya.

Pada 20 Oktober, Paiman adalah antara perintis yang akhirnya menerima hak milik tanah mereka daripada Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin, yang mengiktiraf mereka sebagai pemilik tanah.

"Malangnya, 13 lagi penduduk awal kampung di sini telah meninggal dunia. Pemilikan sekarang menjadi milik isteri dan anak-anak mereka," katanya sambil menambah kini terdapat kira-kira 550 penduduk yang tinggal di kampung itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.