script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bersih Cadang "Lantik Speaker Ikut Undian" Ahli Parlimen !


KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mencadangkan agar speaker Dewan Rakyat dipilih melalui undian di kalangan Ahli Parlimen pada masa akan datang.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, ia bagi membolehkan Ahli Parlimen yang menjadi asas dalam proses berparlimen dilibatkan dalam proses tersebut.
“Ia sudah dijalankan di negara lain, seperti United Kingdom. Jadi kita juga boleh mempertimbangkan untuk melaksanakannya,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Timbalan Pengerusi Bersih (bahagian Selatan Semenanjung) Thomas Fann berkata, cadangan itu juga untuk menjadikan speaker lebih bertanggungjawab kepada Ahli Parlimen, dan tidak berat sebelah.
“Persoalan utama adalah bagi menjadikan speaker lebih bertanggungjawab kepada Ahli Parlimen yang melantik beliau. Itulah asasnya,” katanya lagi.
Dalam sesi perbahasan sebelum ini, Speaker sering dilihat bertindak berat sebelah apabila mudah menghukum Ahli Parlimen Pakatan yang dianggap melanggar peraturan mesyuarat, berbanding Ahli Parlimen BN.
Antara yang menjadi mangsa adalah N Surendran (PKR – Padang Serai), apabila timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee meluluskan usul tanpa membenarkan dibahas terlebih dahulu, dan menggantungya selama enam bulan.
Bersih 2.0 yang mengadakan taklimat ‘Agenda Pembaharuan Berkenaan Parlimen’ bersama-sama ahli parlimen tengah hari tadi menumpukan aspek menambah baik proses membuat keputusan dan mutu perbahasan, selain meningkatkan penglibatan rakyat dalam pembuatan dasar.
Walaupun jemputan dihantar kepada ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, hanya Ahli Parlimen Pakatan yang menyertai sesi itu, antaranya  Teresa Kok (Seputeh); Ngeh Ko Ham (Beruas), Ong Kian Ming (Serdang), Rafizi Ramli (Pandan) dan Khalid Samad (Shah Alam).

Selain itu, Bersih 2.0 juga mencadangkan agar Parlimen memperuntukkan sekurang-kurangnya seorang pembantu penyelidik kepada setiap Ahli Parlimen.
“Setakat ini Parlimen hanya menyediakan kurang sepuluh penyelidik (kepada 222 ahli parlimen).
“Selain daripada menyertai perbahasan, ahli parlimen perlu menjalankan penyelidikan terhadap pelbagai isu. Pembantu penyelidik penting untuk meningkatkan kualiti perbahasan,” kata Maria lagi.
Antara cadangan lain dibawa Bersih 2.0 dalam taklimat hari ini adalah bagi mengukuhkan lagi Jawatankuasa Pilihan Parlimen termasuk dengan sokongan kewangan serta peruntukan pembangunan kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.