script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mazlan Sedih Dengan Keputusan Tamrin Ghafar Keluar PAS


Apabila Datuk Tamrin Tun Ghafar menarik diri atau keluar PAS melalui surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustapha Ali pada 15 Okt lalu, saya sangat sedih dengan keputusan beliau.

Bertemu dengan beliau dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh pada tahun 2011, kemudiannya menjadi sahabat baik. Kerap bertemu terutamanya minat beliau mengenai isu Felda dan tanah.

Datuk Tamrin mengisi borang PAS pada 11 Julai 2012, di rumahnya. Saya sendiri jadi pencadangnya. Beliau selalu sebut, saya ni mualaf Mazlan, PAS kena tarbiaah saya. Perjalanan kehidupannya, dunia politiknya dan ada yang bersifat peribadi diceritakan kepada saya. Dia mahu habiskan sisa hidupnya untuk bersama PAS, atas ikrarnya demi Islam.

Saya hubungi Dr Ahmad Samsuri, Setpol Presiden PAS, Saudara Nasaie Ismail Setiausaha Akhbar Presiden dan Adly Zahri,Pesuruhjaya PAS Melaka mengenai kemasukan Datuk Tamrin. Hinggalah majlis perisytiharan penyertaan dalam PAS dibuat di Dewan KUIZM, Taman Melewar pada 11 ogos 2012 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau aktif berceramah di seluruh negara. Juga menerbitkan risalah dan pamplet yang berkaitan dengan isu-isu Melayu. Pendedahan beliau sangat menarik dan banyak membantu PAS dan PR. Bagi saya sumbangan dan komitmen beliau dalam PAS amat baik.




Namun, kemelut jawatan MB Selangor, masalah dalaman PAS dan PR meresahkan beliau. Beliau kerap luahkan perasaan dan pandangannya pada saya dan rakan-rakan melalui telefon, SMS dan beberapa pertemuan. Saya bersembang panjang dengannya di Restoran Haslam pada 9 Okt lalu. Saya lebih banyak mendengar luahannya. Maklumlah, beliau banyak pengalaman dalam politik. Sebagai sahabat, saya berikan saranan dan nasihat.

Saya difahamkan, keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 12 Okt lalu mengenai isu 2 orang Adun PAS iaitu Hulu Selangor dan Morib adalah kemuncak yang mendorong Datuk Tamrin meninggalkan PAS.

Sekitar jam 8 pagi ini saya menerima SMS beliau yang berbunyi, ' Salam. Tk atas pandangan dan harapan. Sudah banyak kali saya memberi pandangan dan teguran kepada beberapa pemimpin tapi nampaknya tidak dipedulikan. Akhir-akhir ini beberapa tindakan yang dilakukan amat menghampakan saya; tidak perlulah saya huraikannya. PAS TIDAK SALAH. Persahabatan kita tetap utuh. Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita. InshaAllah'.

Saya berharap Datuk Mustapha Ali dapat mengambil inisiatif memujuk Datuk Tamrin memikirkan semula keputusannya keluar dari PAS, meskipun kita menghormati hak beliau. Situasi ini bukan sesuatu yang baik bagi PAS. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. biar lah di kluar..pa special sgt ngan dia tu..bkn nye tok gur pn...ceeeh

    BalasPadam
  2. Kalau dia tak minat utk berjuang dlm PAS tak payahlah nak pujuk....tapi kadang tu ahli pas juga pentingkan diri lihat bagaimana 2adun pas Selangor dulunya hassan ali..namun sebagai ahli perlu wala kpd pimpinan

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.