script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

KEADILAN Ulangi Desakan, Supaya Turunkan Harga Kereta !


KUALA LUMPUR: KEADILAN mengulangi desakan agar kerajaan menurunkan harga kereta dengan menghapuskan duti eksais secara berperingkat, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, kerajaan tiada lagi alasan mengenakan cukai yang tinggi bagi pemilikan kenderaan, memandangkan subsidi ditanggungnya makin berkurangan.
Rakyat kini katanya, membayar RM17.3 bilion bagi cukai kenderaan yang jauh lebih tinggi berbanding subsidi  ditanggung kerajaan sebanyak RM13.7 bilion.
“Kutipan cukai-cukai kenderaan berjumlah RM17.3 bilion ini menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang mengenakan cukai tertinggi ke atas pemilikan kereta dan kenderaan.
“Cukai-cukai ini juga secara langsung menaikkan harga kereta, kenderaan, alat gantian dan lain-lain sehingga menjadikan bayaran ansuran kereta bulanan dan penyenggaraan kereta menjadi salah satu tanggungan yang terbesar oleh setiap isi rumah di negara ini,” ujarnya dalam sidang media di parlimen hari ini.
Empat jenis cukai kenderaan  tersebut adalah cukai eksais (RM8 bilion), cukai jualan (RM4.5 bilion), duti import (RM1.1 bilion) dan lesen kenderaan (RM2.4 bilion).
Menurut Rafizi, kerajaan selama ini memberi alasan cukai yang tinggi ke atas pemilikan kenderaan sebagai wajar kerana perlu menanggung subsidi petrol dan diesel yang tinggi setiap tahun.
Namun, katanya, subsidi yang ditanggung kerajaan turun dengan mendadak apabila harga bahan api itu dinaikkan sebanyak 40 sen dalam tempoh setahun lalu.
“Oleh kerana kerajaan tidak lagi menanggung subsidi yang besar untuk petrol dan diesel, maka alasan cukai-cukai kenderaan yang tinggi dikenakan tidak lagi boleh dipakai,” ujarnya.
Justeru katanya, KEADILAN akan menghidupkan semula kempen #turunkanhargakereta dengan mendesak duit eksais dihapuskan secara berperingkat menjelang tahun 2020.
Katanya, kempen itu berjaya menekan Barisan Nasional untuk menjanjikan penurunan harga kereta sebanyak 30 peratus pada pilihan raya umum lalu, namun sehingga kini belum ditunaikan.
Selain itu beliau menggesa alat ganti kereta tidak dikenakan GST dan lesen serta yuran tertentu berkenaan penggunaan kenderaan dihapuskan.
Beliau turut mendesak sistem Bus Rapid Transit (BRT) diwujudkan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru menjelang tahun 2017. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.