script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suhakam Kecewa, Bimbang Ibrahim Ali Tak Kena Tindakan


PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kecewa dan bimbang tidak ada tindakan yang diambil terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang didakwa membuat panggilan agar Bible bahasa Melayu dibakar.

"Suhakam sepenuhnya memahami dan menghargai sensitiviti isu-isu agama di negara ini, bahawa setiap individu dan masyarakat tanpa mengira perbezaan dalam kepercayaan, menikmati hak asas dalam agama dan kebebasan untuk menganut kepercayaan mereka seperti yang dijamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk menunaikan komitmen yang dibuat dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang kedua tahun lepas.

Beliau menegaskan, komitmen tersebut termasuklah keperluan untuk memerangi segala bentuk diskriminasi terutamanya agama dan untuk melindungi kumpulan minoriti agama di negara ini.

"Adalah amat penting bagi kerajaan untuk memerangi tindakan termasuk ancaman dan gangguan yang menggalakkan pelampau agama dan kebencian di antara komuniti agama yang berbeza bagi menjamin hak asasi semua orang untuk bebas mengamalkan kepercayaan mereka yang telah diamalkan selama beberapa generasi di negara ini," kata Hasmy.

Beliau berkata di Malaysia, keamanan dalam negara dan keharmonian negara adalah yang terbaik dan dijamin melalui dasar dan amalan sederhana.

Dalam jawapan bertulis pada Rabu untuk Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata tiada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim mengenai ancaman untuk membakar Bible pada Januari tahun lepas yang membangkitkan kemarahan ahli-ahli politik dan kumpulan Kristian.

Beliau berkata polis telah membuat kesimpulan bahawa kata-kata Ibrahim itu hanya ditujukan kepada individu tertentu dan bukan satu ancaman kepada masyarakat dan dibuat untuk melindungi kesucian Islam.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa Ibrahim selepas meneliti konteks ucapannya dan berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.” #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.