Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, beliau sendiri akan hadir bersama Setiausaha Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus bagi mengiringi Presiden PAS itu dan mengikuti perbicaraan di mahkamah.
"Pagi itu memang saya di Kuala Terengganu untuk memberi sokongan kepada Tuan Guru Presiden.
"Kita tidak lah membuat kerahan, tetapi kita alu-alukan kehadiran khususnya sahabat pemuda Terengganu yang sudah tentu akan turun bersama," katanya.
Pada 28 Oktober ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu akan mendengar keterangan saksi pihak plaintif antaranya seorang petugas media sebuah akhbar yang artikelnya dirujuk dalam kes saman tersebut.
Mahkamah sebelum ini sudahpun mendengar keterangan tiga orang saksi termasuk Mohd Shamsul sendiri.
Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos lepas, menetapkan dua hari mulai 28 Oktober untuk mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes Fitnah II.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi dalam keputusan kes Fitnah II sebelum ini telah membebaskan Anwar, bagaimanapun Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kepada Anwar atas pertuduhan itu. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan