Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara agaknya?. Seorang demi seorang pemimpin PKR meninggalkan parti itu. Bermula dengan Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Lepas kemudian Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti, Fairus Khairuddin. Terkini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula berbuat demikian. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim pula kemudiannya mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu. Sesuatu yang agak memusykilkan kita ialah kesemua mereka yang berbuat demikian adalah dari negeri Pulau Pinang, yang sudah begitu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Soalnya sekarang, apakah tindakan berkenaan sebagai langkah untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar telah hilang "taringnya". Lantaran itulah pemimpin terbabit bertindak meninggalkan PKR secara berturut-turut sekarang ini. Alasan yang diberikan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng ialah mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kononnya Guan Eng gagal membela nasib kaum Melayu di pulau itu. Kenyataan itu dinafikan oleh Anwar, malahan Guan Eng sendiri kemudian mendedahkan beberapa perkara yang menyebabkan pemimpin terbabit nekad meninggalkan PKR. Semua ini sebenarnya boleh membuatkan Pakatan Rakyat hilang serinya. Tindakan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, jelas sekali satu perbuatan khianat yang tidak wajar untuk dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.
Wajarkah tindakan keluar parti dilakukan sekarang ini dikatakan tanpa desakan dan tawaran oleh "petualang" terbabit?. Zahrain dan Tan Tee Beng, selaku wakil rakyat yang masih memegang jawatan itu mengatakan mereka keluar parti secara sukarela tanpa ada apa-apa tawaran daripada UMNO Barisan Nasional. Namun, bolehkah kita mempercayai kata-kata "melaun" ini?. Keluar parti dan tidak dapat apa-apa adalah sesuatu yang amat melucukan. Tambahan pula jika parti itu berada dalam Pakatan Rakyat. Jika parti itu berada dalam Barisan Nasional, mungkin juga tawaran tidak berlaku. Ini kerana, seseorang yang keluar dari "lubuk duit" dan kembali kepada rakyat sudah tentu tidak akan mendapat apa-apa habuan. Namun, sebaliknya jika seseorang yang datang dari rakyat tiba-tiba bersekongkol untuk menjadi wakil rakyat bebas "walhal menyokong BN seperti tiga ADUN di Perak dulu", boleh mengatakan mereka tidak menerima apa-apa habuan?. Zahrain dan Tan boleh menipu diri sendiri, tetapi mereka belum tentu boleh menipu rakyat sebenarnya. Rakyat lebih bijak menilai apa yang berlaku. Kita tidak hairan, jika Fairus berbuat demikian kerana beliau sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam PKR. Maka, itu adalah keputusan peribadinya kerana memikirkan tiada langsung masa depan akibat projek yang dihalang oleh pentadbiran kerajaan negeri. Malah fairus dilihat lebih bijak kerana bertindak menyertai UMNO secara rasmi. Ini bermakna beliau berani untuk membuat tindakan tersebut. Namun bagi Zahrain dan Tan, keluarnya mereka berdua seolan-olah merupakan satu pembersihan dalam Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Mereka pergi membawa diri sendiri dan bukannya rakyat. Oleh itu, tunggulah kemarahan rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Apakah mereka berdua ini akan terpilih sebagai calon bebas atau BN?. Rakyat yang akan menjadi hakim untuk memastikan riwayat politik "petualang rakyat" ini terkubur akibat kesilapan mereka. Apakah mata mereka sudah dibutakan agaknya dari melihat kebenaran?.

Inilah dia wajah tiga ekor petualang rakyat yang bakal dikorbankan
dalam pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi itu sebenarnya !!
Seluruh dunia tahu bahawa Pakatan Rakyat kini semakin sebati di hati rakyat. UMNO Barisan Nasional hanya layak digelar "Juara Rakyat" tetapi hakikatnya, mereka hanya "syok sendiri". Laungan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" oleh Perdana Menteri, Najib Razak jelas dilihat gagal untuk menutup kepincangan, kezaliman dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran beliau mutakhir ini. Malah, isu-isu seperti kes fitnah liwat Anwar, kes Altantunya, kes kehilangan enjin pesawat pejuang ATM, komisyen kapal selam scorpene dan jet sukhoi serta banyak lagi isu-isu panas yang dikatakan melibatkan Najib Razak dilihat gagal menyakinkan rakyat. Biarpun ada kes-kes tertentu, mahkamah dijadikan alat dan perkakas untuk mereka "menghalalkan cara", namun realitinya rakyat semakin muak dan jelek melihat kelibat Najib 1Malaysia memerintah negara ini. Dasar yang jauh menyimpang dan jelas menipu rakyat itu sebenarnya berjaya membuang hasrat rakyat untuk menyokong UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka hanya mengharapkan "Ehsan Sabah dan Sarawak" untuk memastikan kerajaan yang ada dikekalkan. Jika tidak, sudah lama BN "terkubur" dan "dikapankan". Masyarakat antarabangsa juga mula melihat kes liwat yang melibatkan Anwar juga kini jelas satu penindasan terhadap Mantan TPM itu. Malah, saban hari sokongan terhadap Anwar semakin meningkat, bukan sahaja oleh dunia barat malah pemimpin dan ulamak dari negara Islam sendiri. Inilah yang menakutkan rejim Najib Razak sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah membuktikan kepada dunia bahawa sokongan terhadap Anwar semakin menurun. Bagi mengesahkan senario itu, maka wakil rakyat PKR dengan mudah diajak keluar parti kononnya kecewa dengan corak kepimpinan Anwar itu sendiri. Wajarkan kita percaya dengan apa yang berlaku ini?. Semakin Anwar dibenci, maka semakin ramai manusia diluar sana menyokong beliau. Terbuktilah kini, kerajaan Najib terdesak untuk menimbulkan isu sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah menarik seberapa ramai pemimpin PKR untuk menjadi bebas "atas kertas". Padahal mereka semua itu sebenarnya sudah kembali berkiblatkan parti karat "UMNO BN" dulu, kini dan selamanya.
[Rakyat di seluruh negara diminta bersabar melihat apa yang berlaku ini. Mereka yang keluar itu membawa diri masing-masing sebenarnya. Lainlah jika pemimpin terbabit membawa bersama mereka beribu-ribu ahli dan penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri. Inilah dia taktik kotor yang dimainkan oleh pemimpin yang sudah terdesak bagi meraih sokongan dan simpati rakyat. Apapun, rakyat perlu ingat bahawa keluarnya ketiga-tiga pemimpin itu dan yang lainnya adalah sikap individu itu sendiri. Sedangkan, dalam pilihanraya bukan mereka yang akan membuat keputusan untuk menjadi wakil rakyat, rakyat yang akan memangkah di kertas undi. Oleh itu, keluarnya "mangkuk hayun" terbabit sedikit pun tidak menjejaskan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Samalah dengan kemasukan Ezam Md Noor ke dalam UMNO yang kononnya akan menyebabkan PKR hilang sokongan rakyat. Namun, apa yang terjadi dalam piliharaya umum ke-12 yang lalu. Jangankan Ezam yang langsung tidak terpilih sebagai calon sebelum itu, malah UMNO BN juga hampir tumbang dibuat dek gelombang tsunami suara rakyat. Inilah yang kita mahukan sebenarnya daripada mempertahankan beberapa kerat pemimpin yang kemaruk untuk mengumpul harta dan khianat kepada perjuangan itu].

Dulu sebelum pilihanraya ke 12, ramai pemimpin besar PKR tinggalkan parti antaranya Ezam Mat Noor (Anwar tiruan), rahim ghouse, lokman Nor Adam, Roslan kassim, Zahip mat arip. Ketika itu semua org cakap PKR cuma tinggal Wan Azizah sahaja. Rupa-rupanya....PKR menang besar dalam pilihanraya umum ke 12.
BalasPadamKini fasa kedua sampah sarap PKR keluar termasuklah Zahrain, Fairus, Radzi lunas dan beberapa ekor katak lagi. Apakah ini petanda gelombang tsunami kedua akan berlaku lagi di pilihanraya ke 13?
Mungkin kah Liwat kedua tidak berhasil ?
BalasPadamVirus keluar parti pula di realisasikan .
kaya kaya kaya kaya.
kalau di amati inilah yng dikatakan "firaun firaun kecil "dalam pkr itu sendiri ,pada hemat saya inin adalah satu strategi untuk membersihkan pkr dari malaun yang tak sedar dir dan tak sedar diuntung ,apa yang penting keluarnyer mereka akan membuatkan pkr ,pas ,dap dapat mengatur langkah bergaya menuju keputrajaya tanpa ade gangguan dari "firaun kecil"yang dah jadi lompat katak ni ,sebelum kite pegang putrajay elok kite filter dahulu betul betul saper yang tak ikhlas nak berjuang utk keadilan ,kesejahteraan rakyat ,walaupun pr tinggal satu kerusi sahaja sokongnan kami pada pr tak pernah luntur untuk membina malaysia yang adil ,bersih,sejahtera ,perjuangan akan diteruskan walaupun ada pengkhianatan ,dari situ kite dapat tahu saper makan saper !! teruskan perjuangan task force pkr ,bersih katak katak yang ade ,tahniah DSAI,tahniah zaid ,tahniah kepada semua,
BalasPadamtakpe2 koran yang jadi adun bebas bertandinglah atas tiket bebas nanti. eh, tak mau la aku pangkah bebas ni. fikir la yang itu..memang otak kecil betul
BalasPadamtakpe2 korang yang jadi adun bebas bertandinglah atas tiket bebas nanti. eh, tak mau la aku pangkah bebas ni. fikir la yang itu..memang otak kecil betul
BalasPadamInilah akibatnya apabila DSAI lebih percaya kpd juak2 yang berasal drp UBN. AI wajar bg ujian dahulu kpd bekas juak2 UMNO yang masuk PKR.
BalasPadamTengok. Perak runtuh akibat tindakan berpaling tadah Nasarudin, Jamaludin dan Osman Jailu. Tiga orang ini adalah bekas UMNO (yang tak dapat tempat dlm UMNO) yang masuk PKR.
Lepas ini- mana2 calon yang asalnya drpd UBN spt Dato Fauzi di Pahang, Chua Jui Meng (MCA), ada yg drp MIC dll-wajar diperhati supaya tidak pisang berbuah dua kali.
Rakyat mabuk sebab salah tindakan DSAI memilih bekas2 UMNO memegang jawatan dlm PKR ini. Sebab tu agaknya reformis Saari Sungib menyeberang drp PKR kpd PAS.
harap Pakatan Rakyat akan tubuhkan Parti Komponen Pakatan Rakyat sebelu PRU13.
BalasPadamRasanya sikap keterbukaan parti keadilan rakyat ini tidak seharusnya dipersalahkan. terima sahaja sesiapa sahaja yang nak masuk. Pilih calon yang bersih dan popular sebagai Calon Rakyat dlm PRU13
BalasPadamSAPP (Sabah) bila lagi nak masuk Palatan Rakyat?
Kalau tak ada Ameno pun susah juga
BalasPadamnegara kita sebab syaitan syaitan semuanya berkeliaran bebas merayau dan mengacau umat, Dengan adanya Ameno yang memang tempat lepak syaitan dapat lah kita kumpulkan semua syaitan dan jembalang dalam ameno supaya senang kita humban dalam PRU13 nanti.
Apapun yang berlaku dalam PKR ini adalah proses kedewasaan PKR itu sendiri.. tidak dinafikan ada dikalangan Ahli UMNo yang masuk Ke dalam PKR secara Bundle pada awal penubuhan PKN dahulu mempunya agenda peribadi yang mana beranggapan bahawa mereka akan boleh dapat seperti Pemimpin Umno dapat ( Projek Juta-juta) tetapi apabila puak-puak ini menjadi Pemimpin PKR mereka masih menaruh harapan bahawa PKR juga boleh memberi mereka habuan seperti mana Pemimpin2 Umno dapat. Teapi sangkaan mereka meleset kerana dalam PKR mereka tak boleh buat( Kumpul harta) so sekali lagi mereka kecewa dan Keluar dari PKR.. apapun orang2 yg seperti ini sangat dialukan untuk keluar PKR dan berikan kepada pemimpin yang betul2 ikhlas untuk melihat pembaharuan di bumi yang tercinta ini. ramai lagi orang muda yang sanggup berjuang bukan kerana wang dan pangkat.
BalasPadamyg menjadi soalan cepu mas ialah duit siapa yg digunakan najib utk membeli mereka ni.
BalasPadamSudah menjadi lumrah dalam politik Malaysia dari dulu hingga hari ini ada pemimpin yang menjadi KATAK, jadi ini tidaklah menghairankan, saya setuju dengan pandangan penulis bahawa yang lompat itu hanya ADUN atau MP yang dipilih oleh rakyat, rakyat mengangkat mereka jadi ADUN atau MP atas dasar parti PR dan bukan pribadi pemimpin tersebut, bila mereka lompat maka mereka mengkhianati undi atau sokongan rakyat pada mereka dan akibatnya mereka sendiri yang tanggung parti tidak ada kesan langsung, tapi kalau ribuan penyokong PR keluar parti dan masuk UMNO itu mungkin menjejaskan imej PR, itupun kita kena kaji dan nilai. Pada 28/02/10 di SM Kian KOK Kota Kinabalu, ribuan rakyat yang datang meenghadiri Sambutan Tahun Baru Pakatan Rakyat yang indahnya disitu pemimpin DAP,PKR dan PAS duduk sebaris menyatakan hasrat yang sama untuk membela nasip Rakyat Sabah.
BalasPadamRamai lagi yang nak lari tu...agaknya dah bosan asyik kena juborq dalam PKR...ek ek.
BalasPadamkita haruslah mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku
BalasPadamhahahah tu la parti yg tak konsisten... tak sampai sepenggal dah melalak mcm anjing kurap... lu pikirla sendiri
BalasPadamhahahah tu la parti yg dah nak mampus... memerintah malayusial lebih 50 tahun pun melalak mcm anjing kurap... lu pikirla sendiri
BalasPadamkah kah kah mampus kau pkr,lu pikir parti perentahh 50 tahun berkecai atau pkr berkecai satu demi satu taik keluar kat jubur pkr nkah kah kah keh keh keh ,mampusssssssssssss
BalasPadamNasib baik depa keluaq ameno masuk pr, klu depa masuk pas, malu sungguhlah ahli2 pas, sebab pemimpin pas belum ada lagi nak jadi berudu (anak katak).
BalasPadammemanglah dulu dok dalam ameno banyak projek dapat, bila masuk pr, semua projek kena sekat, shushah sikit nak bermewah2, cara yang paling baik lompat balik masuk ameno, dapat balik projek, biasalah dunia sapa nak dunia dia akan memperolihi dunia, sapa nak akhirat, insyAllah dia akan memperolihi akhirat.
bagi aku shushah dan senang tetap bersama2 PAS, selagi parti itu dipimpim oleh ulamak dan meletakan hudud sebagai undang2 dalam negara ini.
Apa la u all ni, dgn sedara seagama buat musuh, tapi dgn orang yg terang2 tentang n tak nak Islam dibela. Satu soalan, apakah selama ini kepentingan agama Islam terabai ke? Saya percaya banyak jugak usaha2 yg dijalankan utk mengakkan syiar Islam selama ni. Jangn la terlalu taksub, sehingga membuka ruang Dan peluang kepada musuh Islam yg akhirnya Akan menikam belakang apabila semua aspirasi mereka tercapai n memperkudakan untuk mencapai misi diorang.
BalasPadamJuga dlm berkata2 itu tunjuk lah ciri2 Islam sejati..
pemimpin yg x derr kualiti buang jauh-jauh...rakyat skrg bkn buta...
BalasPadamapa nak buat,memang begitu caranya politik cari makan,membelakangkan harapan rakyat,dari perpektif yang lebih luas,perkara ni adalah elok demi mengenal pasti pemimpin yang benar benar mempunyai jati diri yang hebat,kalau ada lagi nak keluar lagi bagus,biar yang tinggal dalam pakatan rakyat ni mereka yang benar benar berjuang yang tidak mengenal penat lelah dan benar benar ikhlas dalam perjuangan,kalau ada yang keluar lagi ,ianya sikit pun tidak menjejaskan prestasi keadilah didalam pakatan rakyat
BalasPadamKAH KAH KAH KALAU TU BERLKGU PADA BN ,NIK AJIS KATA ,TU MENUJUKAN BN AKAN HANCUR ,BILA KENA DIRI SENDIRI TU NAK CUCI NAJIS,CUCILAH JANGAN LUPA CUCI JUBUR DAP YANG TAK PERNAH BASUH TAIK ,KAH KAH KAH KEH KEH KEH
BalasPadamTengok saja muka Najib dengan Nuar tu, siapa lebih handsome? Kalau nak jadi PM kenalah muka handsome, jangan dari segi perwatakan pun dah kalah lepas berangan nak jadi PM pulak...lupakan sajalah hasrat tu..Tok oh tok oii, rumah tok dah nak runtuh.
BalasPadamaku tak kira dari parti mana dia melompat..yang perlu difikirkan amanah yg telah dipertanggungkan oleh rakyat sebagai pemimpin..bukan mencari kepentigan diri. bagi org islam dia kena yakin adanya balasan akhirat..eloklah bertaubat dan lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kalau rasa nak juga jadi wakil rakyat bertandinglah lagi..
BalasPadam