script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Ramai 'Pimpinan Lama' Dalam Parti Kecewa Dengan Laporan Yang Mengatakan Azmin Ali Adalah Pengasas Parti Keadilan Yang Terawal!

Ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa media dan blog kononnya Azmin Ali (foto) adalah pengasas Keadilan. Menurut sumber, kenyataan itu dibuat ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti di Kota Kinabalu Sabah pada 16 September lalu. Antara lain kenyataan itu memetik “Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi,” kata Azmin antara pengasas Keadilan dan Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar ketika memegang jawatan kerajaan". Susulan kenyataan tersebut, ramai "pemimpin lama" yang mengasaskan parti keadilan amat terkilan. Sebelum terbit Parti Keadilan, sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Penubuhan ini diumumkan di Markaz PAS Taman Melewar. Beribu orang datang menyatakan sokongan semasa penubuhan GERAK. Selepas itu, pendokong Reformasi tubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk menyediakan pentas perjuangan. Usaha tubuhkan parti politik untuk pergerakan Keadilan ini menghadapi jalan buntu akibat kerenah birokrasi oleh pihak Pendaftar Pertubuhan.

Gerakan Reformasi Hingga Tertubuhnya Parti

Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999. Melalui pengambilalihan parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia inilah, Parti Keadilan Nasional ditubuhkan. Selepas 1999, pada tahun 2003, cadangan supaya Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia berjaya dan sebuah nama parti yang baru dilancarkan, Parti Keadilan Rakyat. Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur. Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh.


Bukti, pelancaran Parti Keadilan Nasional, Di mana nama Azmin Ali?

Parti ini sejak awal penubuhannya telah didokong oleh barisan pimpinan yang ingi membwa perubahan atau reformasi kepada sistem politik dan pemerintahan negara. Kini dengan senario dan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi negara.

Benarkah Azmin Yang Terawal Asaskan Keadilan

Ramai yang kecewa dengan laporan mengatakan Azmin antara yang terawal mengasaskan Parti Keadilan Nasional. Padahal, nama-nama yang dipercayai terlibat dengan gerakan itu ialah seperti Zainur Zakaria, Ng Lum Yong, Dr.Mohd Nor Nawawi, Irene Fernandez, Goh Keat Peng, Saifuddin Nasution, Sahri Bahri, Johari Abdul, Dr.Mansor Othman, Khalil Shah Jamaluddin, Mohd Rafaie Abd Malek, Omar Jaafar, Kahar Ahmad, Dr.Abd Wahid Ahmad Suhaimi, Nik Aziz Nik Hassan, Yusof Abd Rahman dan Abd Rahman Yusuf. Tidak ketinggalan juga nama-nama orang lama seperti Pengerusi Perhubungan Keadilan Selangor, Dr.Ghazali Basri (foto) yang dikatakan antara yang terawal. Namun, dimanakah mereka ini semua agaknya?. Ada yang masih aktif dan ada juga yang terus menyepi sebenarnya. Justeru itu, mereka ini pasti akan terasa bila ada yang mengatakan Azmin adalah pengasas Parti Keadilan itu. Walhal, ketika awal-awal kebangkitan gelombang reformasi merekalah yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah untuk merealisasikan perjuangan.


Senarai terawal AJK Parti Keadilan Nasional, juga tidak kelihatan
nama Azmin Ali. Soalnya di manakah beliau pada ketika ini?

[Persoalannya kini sekarang, kami tidak dapat mengesahkan perkara ini. Cuma andai ada yang terkilan dengan kenyatan itu, mungkin mereka lebih tahu. Semua itu mengingatkan kita pada pagi 4 April 1999, Ballroom Hotel Renaissance, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Hari itu bagai pesta. Segenap sudut gemerlapan sementara di lobi dan laman hotel kedengaran laungan “reformasi” dan “Allahhuakbar" sempena Pelancaran Parti Keadilan Nasional. Soalnya sekarang, ramai yang tertanya-tanya dimanakah nama Azmin Ali ketika ini. Padahal beliau adalah antara pemimpin yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim itu sendiri. Inilah yang menimbulkan kemuskilan dikalangan ahli PKR sebenarnya. Maka itu, apakah wajar media menggambarkan Azmin yang disanjung sebagai pengasas Parti Keadilan Nasional itu agaknya?. Difahamkan ketika itu Azmin sedang bergelut dengan kesnya. Malah, menurut Ezam pada awalnya Azmin takut dan tidak mahu pun ke depan dalam Keadilan. Difahamkan, Presiden Pertama Keadilan ialah Haji Nordin Pilah].
Share:

7 ulasan:

  1. tak kan pdo tak ada ulasan... kan selalu pdo cepat sekali mendapat berita yang seperti ni.... ayuh pdo

    BalasPadam
  2. Azmin ketika itu bergelut dengan kes Liwat I, mempertahankan fitnah ke atas isteri dan anaknya.

    Pada saya jadi pengasas sesebuah organisasi tidaklah penting, yang penting adalah sumbangan yang dijanakan untuk merealisasikan matlamat organisasi tersebut.

    Telah ramai pengasas PKR yang tersingkir disebabkan hilang arah tuju malah ada yang terang-terangan berpaling tadah malah menjadi pembelot dan pertualang kepada perjuangan. Jadi jika pemimpin pengasas tidak mampu menerajui organisasi dengan baik, jadi menjadi tanggung jawab pemimpin terkemudian untuk meneruskan sesuatu perjuangan.

    Jadilah seperti Khalid al Walid, berjuang dengan penuh keikhlasan kerana Allah dan Islam.

    BalasPadam
  3. Bila kita berjuang dan berjasa, jangan sekali kali kita mengharapkan penghargaan dari insan. Kalau penghargaan yang kita harapkan, nescaya kita akan kecewa nanti bila ada insiden insiden dimana rakan atau orang ramai mengeluarkan komen; dan komen itu mungkin komen yang membina tapi kita pula memandang serong keatas orang itu. Dan jadilah sifat angkuh menbangga diri dan lupa daratan.

    Bila kita lakukan semua perjuangan dengan iklas (dan bagi muslim hanya kerana Allah), timbulah rasa hormat pada semua orang, dan orang lain pun akan hormat pada kita. Jika berlaku insiden insiden dimana orang mengkritik kita, kita akan berlapang dada dan mendengar hujah mereka dan tidak mengharapkan penghormatan tapi hanya menaruh harapan demi pejuangan sejangat (parti, bangsa dsb dan bagi muslim hanya mengharapkan keredaan Allah dan ampunanya).

    Mantan PM Tun Mahathir sendiri pada satu ketika dulu dengan egonya mengatakan dia salah seorang pengasas UMNO, padahal sejarah tidak pernah mencatitkan demikian. Mengapa saudara Azmin mengikut langkah Tun sedangkan dia sangat benci padanya?

    Saya lihat DSAI dan Isteri berada dalam catch-22. Tegur salah tak tegur salah. Saudara Azmin asyik mengunakan pertalian & perjuangannya bersama DSAI masa susah dulu bukan dalam ertikata PKR tapi reformasi, dan mungkin DSAI ingin mengelakan berlakunya katak katak yang melompat seperti Saudara Ezam. Tapi saya khuatir jika tidak ditegur dan Sdr Azmin terus bongkak dan menang tanpa adanya ketelusan dari jentera PKR, akan berlaku reformasi yang mendadak dan terbitnya PKR Baru.

    BalasPadam
  4. Sudah-sudahlah tu.
    Nak ungkit-ungkit buat apa.
    Nak ke Putrajaya atau tak?
    Tanya selera tepuklah dada.

    BalasPadam
  5. Kalau nak kira nama dalam senarai tu,nama Anwar pun tak ada ,tapi dia lah pengasasnya dan semua orang tau.Kemudian tengok pula berapa kerat yg tinggal di kalangan mereka yg ada dalam senaria tu.Bukan kah ini bererti yg dalam senarai tu hanya mereka yg berlumba-lumba mengejar jawatan,tapi bila tak berhasi akhirnya menjadi KATAK.Sama lah juga dengan JK penaja,yg berkejar-kejar menaja Cabang sebab nak dapat tempat.

    Yang pentingnya bukan itu,tapi apakah pengorbanan dan sumbangan kita semasa parti dalam kesusahan,semasa parti masih merangkak,semasa pemimpin parti menghadapi cubaan dan sangat memerlukan sokongan moral dari kita.Kalau ada mereka yg tak tahu apa sumbangan Azmin dalam memperjuangkan PKR dan membantu Anwar ketika beliau di landa musibah,itu erti nya orang itu buta sejarah.

    Itulah ramai sangat yg tak bijak dan tak pandai menggunakan akal utk berfikir,kadang-kadang saja mencari helah utk menhalalkan perbuatan sendiri yg telah telajak menykong pihak yg langsung tak berjasa kepada parti,malah belum apa-apa dah nak menunjukan belang.

    Tapi saya nak tanya pula ada ke nama Zaid Ibrahim dalam senarai tu,dimana Zaid Ibrahim ketika itu.Apakah Azmin masuk PKR selepas 2008 seperti Zaid Ibrahim.

    BalasPadam
  6. sekarang ni terlalu ramai pemimpin cerdik dan tak bijak..so susah nak kita nak harap pada depa..yang nyata masing2 berlumba nak rebut jawatan.berangan kalu dapat rampas putrajaya nanti sure banyak peluang dan untung besar..pasal tu depa sanggup buat apa saje dan penaja pun sama2 berangan nanti dapat pulangan besar..kalu pancing ikan besar kena lah umpannya besar..pak..kan gitu..kalu parti lain boleh buat kita pun boleh jugak..kan kita satu malaysia..why not!!!

    BalasPadam
  7. Siapakah pengerusi/presiden Ikatan Masyarakat Islam Malaysia???

    Siapakah yang menubuhkan IMIM???

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Projek 'Kuantan Skytrain' Yang Pernah Diwar-Warkan Sebagai Pemangkin Pembangunan Bandar Kuantan, Hanya Janji Politik Bermusim

KUANTAN: Projek Kuantan Skytrain yang pernah diuar-uarkan sebagai pemangkin pembangunan bandar Kuantan, disifatkan sebagai sekadar janji pol...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.