script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Sah, Dakwaan Ada 215 Ahli PKR Paya Besar Keluar Parti Adalah 'Bohong' Semata-Mata, UMNO Terbukti Menipu Untuk Hadapi PRK Galas!


KUANTAN, 13 Okt [4.00 pm] - Laporan mengenai 215 orang ahli PKR cabang Paya Besar keluar parti dan menyertai UMNO semalam, terbukti hanyalah satu pembohongan semata-mata. Demikian diperjelaskan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) dalam sidang media di kediamannya padi tadi. Malah, katanya salah seorang ahli PKR yang dikatakan menyertai UMNO itu juga turut hadir dalam sidang media hari ini. Tambah mengejutkan individu yang dikatakan ahli PKR itu sebenarnya adalah ahli UMNO cawangan terbabit. "Beliau dengan jujur dan beraninya mengaku bahawa dia telah ditipu untuk hadir dalam majlis yang diadakan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman itu. Hari ini dia dengan ikhlas hati sanggup datang ke rumah saya untuk menyatakan kebenaran. Malah beliau turut mengaku yang dia bukanlah ahli PKR tetapi ahli UMNO. Semua yang berlaku hanyalah satu penipuan semata-mata bagi menjatuhkan maruah PKR di mata rakyat Tambahan pula menjelangnya kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Semua ini adalah strategi mereka sebenarnya ", katan Dato' Fauzi. Persoalannya sekarang, kenapa pemimpin UMNO berkenaan sanggup menipu rakyat dengan membuat satu sidang media yang kononnya ranting PKR di cabang berkenaan seolah-olah sudah lumpuh.


Sidang media dihadiri hampir kesemua media arus perdana pagi tadi

"Saya hairan dengan sikap Ketua UMNO Bahagian Paya Besar itu yang tergamak mencari publisiti murahan dengan berita palsu dan pembohongan ini. Malah, saya juga mencabar beliau menunjukkan bukti bahawa 215 orang ahli PKR yang telah keluar parti. Apa yang saya tahu, hanya seorang sahaja ahli yang keluar akibat kecewa kerana tidak dipilih ke jawatankuasa cabang baru-baru ini. Itu pun ketika saya hubungi dia, individu terbabit masing menyokong PKR cuma berminat untuk bertukar ke cabang Kuala Krau selepas ini. Jika dakwaan Tajuddin benar, sila kemukakan bukti dakwaan itu dan jangan cuba untuk berbohong kepada rakyat", katanya.

Kami Memang Ahli UMNO Dan Bukannya PKR

Sementara itu, salah seorang saksi utama "sandiwara keluar parti" berkenaan, iaitu Ahmad Abdul Rahman, 62, (foto) mengesahkan bahawa apa yang diwar-warkan oleh media itu adalah satu penipuan dan pembohongan yang nyata. "Kami sememangnya adalah ahli UMNO Paya Besar dan bukannya ahli PKR seperti yang dihebohkan. Saya tertipu dipanggil menghadiri majlis berkenaan. Saya dapati hanya ada lima ahli yang dipanggil ketika itu, kesemuanyaa adalah ahli UMNO cawangan Lepar Utara 1. Kami yang tidak tahu apa-apa disuruh berlakon seolah-olah ahli PKR. Malah, kesemua yang ada di dalam sidang media berkenaan ialah pemimpin UMNO termasuk Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Pegawai JASA dan ada juga pemimpin UMNO dari cawangan lain yang turut dipanggil bagi meramaikannya. Saya tertipu dengan sikap pemimpin terbabit. Justeru itulah saya tampil di sidang media Dato' Fauzi untuk menyatakan kebenaran pagi ini", kata Ahmad.


Keratan Sinar Harian (13 Okt), wajah Ahmad duduk di barisan belakang

Ahmad juga hairan dengan apa yang berlaku. "Saya tidak nampak pun 215 ahli PKR yang dikatakan keluar parti itu. Apa yang ada hanyala borang UMNO (kosong) yang ditayangkan kepada media bagi menunjukkan seolah-olah ia berlaku. Hakikatnya tidak ada. Malah, ketua kumpulan terbabit (Rahim) sendiri akan takut dan gusar apabila diberitahu PKR akan menyaman beliau atas kenyataan palsu yang dikeluarkan itu. Dia kini amatlah takut dan saya mengesyaki seperti dia telah pun dipaksa untuk membuat kenyataan tersebut", kata Ahmad lagi.

Datuk Tajuddin Gusar PKR Terus Dapat Sokongan

Bagi Ketua PKR Cabang Paya Besar, Hj.Zahari Mamat (foto) berkata tindakan bodoh yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian (Ahmad Tajuddin) ini jelas sekali membuktikan dia kian terdesak untuk mempengaruhi rakyat sebenarnya. "Jika dulu PKR langsung tidak berupaya berhadapan dengan UMNO kerana tidak banyak ranting (cawangan) yang ditubuhkan di tanah rancangan Felda sekitar Parlimen Paya Besar. Tetapi, kini semuanya sudah berubah malah jumlah keahlian PKR Paya Besar kini meningkat dari hari ke hari. Hampir semua tanah rancangan Felda telah berjaya kami tembusi dengan penubuhan ranting-ranting baru. Ini menggugatkan pengaruh UMNO", katanya. Hj.Zahari turut menjelaskan bahawa tindakan Ahmad Tajuddin itu adalah untuk "mengipas" kepimpinan UMNO Pahang terutamanya Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob agar mencalonkan beliau semula bertanding dalam PRU-13 nanti. "Namanya sudah tenggelam akibat krisis dengan MB dulu. Kini dia sedaya upaya mahu membuktikan bahawa dia boleh buat kerja dan seorang pemimpin yang hebat. Sebenarnya, UMNO Paya Besar sendiri telah berpecah dua. Satunya "Team Manan" iaitu Ahli Parlimen dan team beliau Ketua Bahagian. Sebab itu kita tidak hairan dalam sidang media yang diadakan tidak ada seorang pun kempimpinan tertinggi UMNO Bahagian yang hadir melainkan proksinya Ketua Pemuda. Kesemua mereka sebenarnya tidak suka kepada cara kepimpinan Tajuddin sejak dulu lagi", katanya lagi.

Beri Pakatan Memerintah Jika Mahu Perubahan


Sementara itu Naib Ketua PKR Cabang Paya Besar, Arman Arshad (foto) pula menegaskan bahawa susulan tindakan UMNO itu maka dijangkakan lebih ramai penyokong mereka akan sertai PKR dalam masa terdekat ini. Rakyat katanya sudah mula muak dengan pembohongan yang dilakukan UMNO setiap kali menjelangnya sesuatu pilihanraya itu. "Ada ahli yang kata PKR tidak lakukan apa-apa untuk mereka, tiada perubahan yang dibuat dan sebagainya. Saya ingin jelaskan bahawa jika rakyat mahu melihat perubahan besar di negeri Pahang maka berikan kepercayaan untuk memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang. Pasti kami akan membuktinya dengan tindakan dan bukan sekadar kata-kata. UMNO Pahang perlu sedar bahawa mereka memang telah gagal untuk mentadbir negeri ini dengan baik. Hutang negeri semakin meningkat dan bajet defisit senantiasa dipersembahkan kepada rakyat sejak sekian lama. Justeru itu, untuk melihat perubahan di negeri Pahang maka rakyat perlu berkorban dan menolak UMNO BN selepas ini", katanya. "Hari ini juga kita menerima lebih 200 borang keahlian PKR baru daripada cabang Paya Besar. Maknanya UMNO yang semakin ditolak rakyat sebenarnya", kata Arman.

Pahang Kaya Tapi UMNO Banyak Menyeleweng

Dato' Fauzi turut berjanji bahawa pendapatan negeri akan meningkat kepada 1 billion ringgit dalam tempoh beberapa tahun sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. "Kita ada cara untuk menjana pendapatan dan mengelak dari berlakunya ketirisan seperti yang diamalkan oleh UMNO BN sekarang. Pahang adalah sebuah negeri yang kaya, namun Kerajaan Negeri gagal menjana pendapatan yang sepatutnya kerana masalah rasuah, penyelewengan, penipuan dan kegagalan untuk mentadbir dengan baik seperti yang diamalkan di negeri Pakatan Rakyat", Kata Dato' Fauzi lagi. Dalam majlis berkenaan juga lebih 200 borang ahli baru PKR Cabang Paya Besar telah diserahkan kepada Dato' Fauzi oleh Hj. Zahari. Malah beliau secara sini meminta semua wartawan yang hadir untuk menyemak sendiri kesahihan borang-borang berkenaan. Beliau juga turut berseloroh dengan mengatakan andainya dia jadi Menteri Penerangan, maka semua wartawan akan dinaikkan gaji.


Lebih 200 borang keahlian baru untuk menyertai PKR telah diterima

Hampir kesemua wartawan media arus perdana telah hadir dalam Sidang Media terbabit termasuk Berita Harian, The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Harian Metro, RTM, TV3, Astro Awani, Chine Press, Sin Chew Daily dan lain-lain lagi. Persoalannya, apakah laporan dan berita ini akan disiarkan oleh media-media terbabit apabila dihantar oleh wartawan berkenaan ke ibu pejabat media masing-masing agaknya. Apapun, syabas kepada semua wartawan.

[Tindakan Datuk Ahmad Tajuddin (foto) ini ibarat "menjolok sarang tebuan", kerana pemimpin PKR sebenarnya banyak menyimpan fail sulit beliau terutamanya isu tanah UMNO di Paya Rambutan dalam Bahagian Paya Besar. Makanya Tajuddin wajar memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau yang cukup memalukan ini. Wajarkah seseorang pemimpin berbohong kepada rakyat sedangkan hakikatnya "jauh panggang dari api". Malah, PKR cabang itu juga ada berjanji untuk memastikan parlimen Paya Besar jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Tajuddin juga harus ingat bahawa dialah "Tali Barut" yang banyak membocorkan rahsia Kerajaan Negeri Pahang, UMNO Pahang dan Felda selama ini. Banyak fail-fail yang telah diberikan kepada pemimpin pembangkang untuk diketengahkan. Maknanya UMNO Pahang tidak wajar menyimpan orang seperti Tajuddin ini. Malah, beliau juga pernah beberapa kali berjumpa dengan pimpinan tertinggi PKR Pahang kononnya berhasrat untuk menyertai PKR ketika itu. Kini banyak fail-fail Tajuddin bakal dilondehkan satu persatu akibat keceluparan beliau itu].
Share:

4 ulasan:

  1. BANGANGGGGGGG.....!!!!

    BalasPadam
  2. Bodor rupenye tajudin ni. Macam mane boleh jadi pegawai beso satu agensi kerajaan satu ketike dulu dan isterinye pengetuwe. Bodo,bodo, bodomu, tajudin.

    BalasPadam
  3. hahahah nak masuk pkr...hahahha

    BalasPadam
  4. hhahhaaaa......
    jolok sarang tebuan...bengkak muka sendiri.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Meminta Orang Ramai Waspada Dengan Sindiket Penipuan Urusan Permohonan Tanah Di Daerah Bentong

KUANTAN: Pahang mengesan satu sindiket penipuan urusan permohonan tanah di daerah Bentong melibatkan tanah milik kerajaan negeri. Menteri B...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.