KUANTAN, 13 Okt [10.10 am] - Susulan laporan media berkenaan insiden 215 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Lepar Utara di Cabang Paya Besar keluar parti semalam, maka satu sidang media akan dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) hari ini. Sidang media dijangka akan diadakan di kediamannya jam 11.00 pagi ini. "Saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menerangkan situasi sebenar perkara ini. Walau bagaimana pun PKR Pahang tidak sedikit pun gusar dengan insiden tersebut kerana ia hanyalah satu pembohongan semata-mata. Malah, jumlah ahli yang keluar parti juga turut meragukan dari jumlah sebenar ahli di ranting tersebut. Itu belum termasuk penipuan yang dibuat oleh ketua kumpulan terbabit yang kononnya ahli PKR. Padahal beliau adalah ahli UMNO dan namanya tidak ada langsung dalam senarai ahli PKR di cabang itu", kata Dato' Fauzi.

Penipuan, ahli PKR masuk UMNO atau ahli UMNO yang masuk UMNO ?

Ramainya ahli PKR keluar parti, termasuk si pegawai JASA (baju biru)
"Sebenarnya, isu ini sengaja dimainkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman kerana beliau gusar dengan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap PKR kini semakin meningkat di cabang itu. Malah, Cabang Paya Besar yang dipimpin oleh bekas orang kanan beliau ketika dalam UMNO dulu iaitu Hj.Zahari Mamat, merupakan antara cabang yang paling aktif di negeri Pahang. Malah, saya difahamkan ramai lagi ahli UMNO dan atas pagar yang akan sertai PKR dalam masa terdekat ini sebenarnya. Inilah yang menakutkan Ketua UMNO terbabit, lantaran itulah beliau menggunakan isu ini untuk melemahkan dan menjatuhkan imej PKR di cabang itu dan negeri Pahang khasnya", kata beliau. Dalam kenyataannya juga Dato' Fauzi menegaskan yang beliau langsung tidak hairan dengan tindakan Ahmad Tajuddin itu. Katanya, pemimpimn UMNO itu adalah penyokong kuat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). "Semasa pemilihan UMNO sebelum ini, Tajuddin adalah antara pemimpin yang cuba mengangkat Ku Li untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Beliau telah membawa Ku Li untuk berceramah di Paya Besar (Lepar Utara), namun telah dihalang oleh Najib ketika itu. Akhirnya program telah dipindahkan ke Temerloh", Kata Dato' Fauzi lagi.
[Dengan maklumat ini, maka benarlah kenyataan kami yang terdahulu bahawa Ketua UMNO Bahagian Paya Besar (Ahmad Tajuddin) membuat tindakan bodoh ini bagi tujuan untuk mengampu dan membantu kroninya iaitu Tengkua Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang baru saja dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN di Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Ahmad Tajuddin sengaja mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya PKR (Pakatan Rakyat) kini mula ditolak oleh penyokong mereka. Tindakan ini kononnya atas arah Ku Li, demi agenda mereka untuk merampas DUN Galas daripada PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti. Tindakan Tajuddin ini memang telah dihidu sebenarnya. Oleh itu, usahlah beliau cuba untuk menjadi juara menarik ahli UMNO dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Jika pemulangan duit ehsan di Pulau Pinang pun Ketua UMNO Bahagian boleh berlakon sebagai warrga emas, maka apatah lagi dengan isu yang dimainkan oleh Tajuddin ini. Kemungkinan besar, jumlah yang dinyatakan itu langsung tidak wujud. Atau kesemua yang terbabit adalah ahli UMNO yang masuk UMNO sebenarnya. Justeru itu, semua wartawan dan media dijemput hadir ke rumah Dato' Fauzi di Indera Mahkota Kuantan untuk sidang media berkenaan kes ini nanti].

wei pdo...awat anwar tu suka jual malaysia kat luar wei... awat dia tu tinggin bebonar nak jadi PM ke sampai dok kutuk malaysia kat luar negara... cian kat dia wei,,, gila betul nak jadi PM .. hampa lantik la dia jadi PM dalam PKR wei...tak payah guna nama penasihat PKR tapi PERDANA MENTERI PKR... ha baru dia tak jadi barua kat luaq dah
BalasPadammana elbih elok dia promosi malsyai kat luaq dr Najib ada skandal Altantunya, Kapal Selam, Jet Sukoi serta lain2 yg bernilai jutaan ringgit. org luar tgok teruk nya hang punya PM... awat x dak org lain dah ker nak lantik.... hehehhehehehe
BalasPadamweii ANONYMOUS 6.41AM...
BalasPadamKau ni takde benda lain ke otak bengap kau tu blh pikir nak tulis kt sini??? dah la komen pakai ANONYMOUS (pengecut).... komen BODOH kau pun tekde kena mengena dengan tajuk di atas... BENGAP bin BAHLOL betul!!! Pengecut skali!!!
baru2 ni sibuk diindera mahkota,geng pkr kao orang, zali and rakan-rakan sekutu OneMalaysianya ugut nak bubar cawangan dan nak keluar parti tu cam ner..jadi ker?bila?..ke acah2 berok ajer( memang geng2 PKR tu mcm berok pun)
BalasPadamaku rasa org yg masuk parti politik ni msemuanye pembohong, mrk nak duit dan projek, lau bagi betina yang genit2,lagi dia orang suka.
BalasPadamIngatlah..bangsa melayu adalah satu bangsa yang mudah ditipu dan senang dipujuk, hanya islam aje yg layak ada di bumi ini, bukan melayu paria yg suke cari publisiti.Tak payah nk sokong parti2 poliitik ni terutamanya UMNO, semuanye pembelit.
anon 3:15..
BalasPadambukan semua yang melibatkan diri mereka ke arena politik mempunyai sifat yang saudara sebutkan. politik ni adalah salah satu platform dalam kita menegakkan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita. bagaimana mungkin jika kita hanya sebagai penoreh getah, pekerja ladang, pekerja kilang, kerani syarikat, setiausaha, pengurus hatta pemilik sesebuah perniagaan mampu untuk merubah sesuatu dasar negara? Platform politik ni memang senantiasa mencabar. Pelbagai halangan, rintangan, cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi. Namun itulah asam-garam berpolitik. Kami tidak sesekali memohon apa yang kami akan dapat dari berpolitik, tapi lebih kepada apa yang kami boleh sumbangkan untuk agama, bangsa dan negara yang kita cintai.
payah nak cite lebih lebih...lantak korang la....
BalasPadamhahahah anwar nak jadi pm hahahah lawak2 dalam pkr pun berselerak nak perintah malaysia... mampuhhhhhhhhh jadinya
BalasPadam